PAS Johor Siap Siaga Hadapi PRU-13
Posted by Unknown on 26 Disember 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Abusiraj Almuner
SIMPANG RENGGAM : PAS Johor bukan sekadar angan-angan Mat Jenin dan omong-omong kosong
bila menyatakan hasrat ingin menawan Nusajaya. Dengan matlamat serta
cita-cita yang tersirat disanubari inilah berbagai gerakkerja
kemasyarakatan dianjurkan disekitar DUN yang bakal ditandingi.
Bengkel
perkongsian ilmu bakal calon tidak ketinggalan dianjurkan bagi memberi
pendedahan bukan sahaja persiapan untuk bakal calon, ia juga menjadi
medan untuk melahirkan
bakal calon PAS yang lebih kewibawaan dan
berkualiti.
Bertempat di Markaz Pas kampung Shaari,Simpang Renggam pagi semalam diadakan bengkel untuk kesemua calon PAS yang bakal bertanding di negeri Johor. Bengkel ini yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Johor Dato' Dr. Mahfodz Mohamed telah dihadiri oleh 25 bakal calon dan pengurus calon.
Bertempat di Markaz Pas kampung Shaari,Simpang Renggam pagi semalam diadakan bengkel untuk kesemua calon PAS yang bakal bertanding di negeri Johor. Bengkel ini yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Johor Dato' Dr. Mahfodz Mohamed telah dihadiri oleh 25 bakal calon dan pengurus calon.
Pembentangan kertas kerja oleh Pengerusi Pusat Aduan Rakyat (
PAR) Johor, Syed Othman Abdullah dan pengkongsian ilmu dan idea bersama
Pengarah Pilihanraya Pas Negeri (JPN) Cikgu sahak serta dialoq juga
diadakan bagi mencari keadah serta fomula terbaik yang boleh dikongsi
bersama untuk dilaksanakan.
Bengkel umpama ini kerap diadakan oleh PAS Johor untuk memberi persiapan mental dan rohani kepada bakal calon agar menjadi pemimpin yang telah terlatih secukupnya bukan sekadar dapat menjadi pemimpin yang boleh membawa suara dan permasalahan rakyat, ia juga boleh melahirkan seorang pemimpin 'versatile' untuk semua lapisan masyarakat.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "PAS Johor Siap Siaga Hadapi PRU-13"
Leave a reply