"Sokong UMNO Dapat Sampah, Patut ke?"
Posted by Unknown on 3 Disember 2012 | 3 komen pembaca
BATU PAHAT: Beberapa orang penduduk tempatan dari Kampung Mohd Noor Batu 5, Parit Sulong, Johor hadir bersama-sama dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat bagi menyatakan kekesalan dan kemarahan terhadap Umno negeri itu yang dikatakan telah menginaya mereka.
Hal ini merupakan susulan berikutan tindakan UMNO yang mereka sokong sejak sekian lama itu tidak mahu membela mereka dalam isu Pembinaan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari di Bukit Payung yang terletakberhampiran dengan penempatan mereka.
UMNO dilihat sebagai parti yang gagal untuk memperjuangkan nasib mereka yang ditindas sekalipun beberapa siri tuntutan bantahan telah diadakan.
"Patut ke bagi sampah kepada kami yang sokong mereka sudah lama?
"Kami ada mintak pertolongan ketua Umno Sri Gading, dia kata dia tak boleh tolong dan suruh kita terima sahaja, patut ke?"
"Dia (UMNO) kata sampah tak kotor? Ade ke patut?" soal wakil penduduk Mohd Nazrin Abdul Samad.
Sekitar 10 orang wakil penduduk kampung berkenaan hadir ke pentas Himpunan Kebangkitan Rakyat di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja bagi menyatakan kekecewaan mereka.
Nazrin dalam ucapannya, memohon Pakatan Rakyat membela nasib mereka kerana menganggap Umno sudah tidak boleh diharap lagi untuk membela mereka yang rata-rata orang Melayu.
"Tolong kami, kami rayu kepada Pakatan Rakyat, tolong la pindakan tapak itu jika berjaya ke Putrajaya.
"Hidup Pakatan Rakyat, menang Pakatan Rakyat. Semoga Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya," laungan tersebut disambut dengan begitu semangat oleh hadirin yang hadir pada malam itu.
Oleh : Umar Farouk
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Budak ni nak nyanyi ke nak ckp pasal smpah. Hahahahahaha.
Sokong amno dapat sampah dapat hampehhhhhh
http://www.medkom.my/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=1034:kajian-tapak-pelupusan-sampah-bukit-payung-siap-hujung-bulan&catid=1:latest-news&Itemid=50