BlogList Malaysia

Selatan Online

Bantuan Hanya Pada Kroni, Ahli UMNO Lahir Rasa Kecewa

Posted by Unknown on 15 Januari 2013 | 2 komen pembaca


Oleh: Ustaz Azam Razak

Hari ini saya berkempatan menziarahi satu keluarga  di kampung Benaung Mersing, hasil maklumat seorang sahabat, keluarga ini mencari tempat untuk mengadu permasahan mereka. Keluarga ini yang merupakan ahli UMNO, anaknya ahli puteri, semasa pelancaran puteri UMNO di PWTC beliau turut bersama, menantunya pula adalah ahli dan sering menjadi Perwakilan Pemuda UMNO, beliau juga dikatakan  cukup rapat dengan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian. Mmalah keluarga ini banyak berjasa kepada UMNO cawangan itu, antaranya beliau rela menyerah dan membenarkan Balairaya/UMNO cawangan di hadapan rumahnya itu di bina di atas tanah miliknya.

Tapi malangnya, dikala keluarga ini bermasalah dan perlukan bantuan daripada pihak kerajaan dan pembelaan dari parti, nasibnya tidak terbela da tidak dibela oleh para pimimpin UMNO Bahagian dan pemimpin setempat. seolah melukut di tepi gantang.

Menantunya dan anaknya itu, telah memohon bantuan rumah PPRT, kerana beliau tidak mampu utk membina rumah sendiri, sebabkan gajinya yang kecil sebagai Buruh SWM dgn gaji kurang RM1000 sebulan, malangnya permohonannya telah di tolak dan tidak dapat sokongan dari pemimpin UMNO, setiap kali bertemu dengan pemimpin pemuda jawapan tunggulah, sabarlah,,, tetapi akhirnya beliau menerima surat penolakan permohonan bantuan rumah.

Hasil kunjungan saya tadi, saya melihat sendiri keadaan rumahnya yang terletak disebelah rumah ayahnya, yang terlalu uzur dan selayaknya diberikan bantuan.Beliau memberitahu, yang nama beliau termasuk ekasih, tapi hanya menerima bantuan bungkusan biskut dan barangan makan sekali saja.
Kecewa dengan keadaan ini, beliau mengadu kepada saya selaku Penyelia PAR Dun Endau, memohon agar berbuat sesuatu tindakan untuk membantu beliau, kerana beliau sudah kecewa dengan telatak dan sikap kepimpinan UMNO, yang tidak membela dan menolong beliau dikala amat memerlukan pembelaan.

Saya sendiri merasa amat pelik dan kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin UMNO Pemuda dan Bahagian, yang tidak mempedulikan rakyat yang memerlukan bantuan dan pembelaan dari mereka, apatah lagi mereka ini adalah ahli dan pengerak UMNO diperingkat cawangan, dimana letaknya slogan yang di laung-laungkan selama ini oleh mereka, "Rakyat didahulukan" adakah telah di tukar kepada slogan " kroni didahulukan dan diutamakan".

Sebagaimana yang dapat dilihat dalam siri penyampaian dan penyerahan bantuan oleh YB Dato' kepada rakyat sekitar daerah Mersing dalam masa terdekat ini. Contohnya bantuan bot dan enjin untuk golongan nelayan baru-baru ini, apabila golongan nelayan tidak berpuashati kerana bantuan telah diberikan kepada kroni pemimpin UMNO, adapun nelayan sebenar yang smat memerlukan bantuan tersebut tidak menerimanya.

Saya sendiri menerima aduan dan luahan rasa tidak puashati dari golongan nelayan, antaranya luahan seorang nelayan beranak lima yang telah memohon bantuan bot dan enjin sejak lebih setahun, kerana selama ini beliau menjadi nelayan dengan menggunakan sampan milik orang lain demi menyara hidup keluarga dan anak-anak, lebih menyayat hati lagi beliau tidak memiliki rumah sendiri malah menumpang dirumah iparnya.

Beliau merasa amat kecewa apabila bantuan tersebut diberikan kepada kroni pemimpin UMNO, ada dari kalangan yang menerima enjin dan bot tersebut pekerjaan sebenarnya bukan nelayan, malah ada juga diantara mereka yang menetima bantuan enjin dan bot ini telah pernah menerima bantuan enjin dan bot daripada Majlis Agama Islam Johor.

*Penulis merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Endau



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


2 komen pembaca for "Bantuan Hanya Pada Kroni, Ahli UMNO Lahir Rasa Kecewa"

  1. Tanpa Nama says:

    Ya Allah Ya tuhan ku.kau hancurkan,Kau lakhanatkan serta balakan lah peminpin peminpin yang telah menginaya rakyat malaysia ini selama 55 tahun.kini krisis air di selangor kau tujukan lah kekuasaan mu ya allah.kau musanahkan lah najib,Rozali yang bersifat Yahudi dan kominis terhadap rakyat selangor am nya dan seluruh rakyat malaysia.kau hancurkan lah keluarga mereka ,kau hancur orang orang yang bersentongkol dengan mereka.Tujukanlah kebesaran mu ya allah.amin yab rabalalamin

  2. Tanpa Nama says:

    padan muka...baru tau cmner sokong BNatang

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini