BlogList Malaysia

Selatan Online

Lambang Salib di Bendera, Satu Tindakan Terancang?

Posted by Unknown on 26 Januari 2013 | 1 komen pembaca


 Oleh: Ibn_Bacoks

JOHOR BAHRU – PAS negeri mendakwa insiden sabotaj terhadap bendera Pakatan Rakyat di sekitar daerah Batu Pahat adalah usaha terancang pihak tertentu.
Timbalan Pesuruhjayanya, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya percaya tindakan tidak bermoral itu dilakukan dengan sengaja dan ia punya perancangan yang teliti kerana tanda berkenaan seakan dicetak dan bukan diconteng, selain dipacak di tempat awam.
Beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Parit Yaani berkata, perbuatan sedemikian disifatkan berniat jahat ekoran kira-kira 80 bendera dikesan disabotak  terutamanya di sekitar Jalan Kluang, Parit Raja dan Ayer Hitam termasuk kain rentang  provokasi melampau.
“Perbuatan tidak bertanggung jawab ini telah menimbulkan rasa kurang senang penduduk di situ yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
“Ia merupakan satu tindakan yang bahaya, tidak bertamadun serta berniat jahat yang berkemungkinan ada kaitan dengan isu kalimah Allah sekaligus sengaja dilakukan,” katanya lagi dalam satu kenyataan.
Aminolhuda berkata, selain bendera PAS, kira-kira 40 bendera PKR yang ditempatkan berdekatan masjid juga disabotaj yang dipercayai dilakukan pada hari Jumaat.
“PAS negeri mendesak sebarang tindakan provokasi tidak dilakukan dengan jaminan pilohan raya dijalankan secara bersih, adil dan aman.
“Kami juga menyeru isu agama tidak diputarbelitkan dan perlu ditangani dengan cara berhemah oleh kerajaan bagi mengelak ketegangan antara agama.
“Pihak bertanggungjawab dan berkuasa perlu mengambil tindakan serta menyiasat perkara ini segera,” katanya lagi.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "Lambang Salib di Bendera, Satu Tindakan Terancang?"

  1. Tanpa Nama says:

    Jangan kan di batu pahat bos, di pontian juga pekara serupa juga belaku 2 hari lepas selepas 2 minggu bendera pas dipacak di sekitar pontian.

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini