Pengerang: Penduduk fail semakan kehakiman
Posted by Unknown on 9 Januari 2013 | 0 komen pembaca
Empat penduduk Pengerang hari ini memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Kuala Lumpur bagi mencabar pengambilan tanah dan juga projek Pembangunan Loji Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di sana.
Mereka adalah Khairiah Md Yunus, Sufinah Abu, Loh Back Seng dan Lim Goo Kia.
Mereka memfaikan semakan itu melalui Tetuan Hanipa Maidin kira-kira jam 2 petang tadi.
Kira-kira 20 orang penduduk turut hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Membela Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), Salahuddin Ayub ketika sidang media memberitahu tindakan memfailkan semakan ini adalah bagi tujuan membela nasib penduduk di 10 buah kampung di Pengerang.
"Ini adalah satu usaha untuk memastikan masa depan kehidupan semua penduduk hampir 10 buah kampung dapat diberi pembelaan yg sewajarnya.
"Selain itu juga agar penduduk tidak menjadi mangsa pembangunan Rapid yangg telah mula dilihat mengabaikan dan mengambil hak penduduk tersebut," jelasnya.
Sementara itu Peguam Mohammad Hanipa Maidin menjelaskan semakan tersebut adalah bagi tujuan membatalkan keseluruhan projek Rapid.
"Antara alasan kita setelah meneliti dokumen pengambilan tanah tersebut saya dapati ada elemen pelanggaran dan antaranya pelanggaran dibawah beberapa seksyen dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.
"Selain itu juga ia turut bertentangan dengan beberapa akta lain yang berkaitan dengan hak rakyat, yang mana harta rakyat perlu dilindungi dan kalau diambil ia mesti mengikut undang-undang yang telah ditetapkan," kata beliau.
Dalam pada itu, Salahuddin turut mengulangi tindakan undang-undang itu bukan bermaksud menentang pembangunan tetapi mahu memastikan pembangunan yang ingin dilaksanakan mengikut hak-hak yang sepatutnya dan tidak menzalimi rakyat.
Sumber : Harakahdaily
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Pengerang: Penduduk fail semakan kehakiman"
Leave a reply