Pimpinan PAS Melawat Rumah 3 Beranak Bunuh Diri
Posted by Unknown on 4 Januari 2013 | 0 komen pembaca
PENGERANG: Pimpinan PAS Pusat dan pimpinan PAS Negeri Johor telah turun ke Kampung Jawa, Pengerang untuk meninjau rumah ketiga-tiga ahli keluarga yang membunuh diri yang dikaitkan dengan pengambilan tanah untuk projek RAPID Penngerang.
Antara pimpinan PAS yang turun meninjau rumah mangsa bunuh diri tersebut ialah YB Salahudin, Dato' Dr. Mahfodz, Hj
Aminulhuda, Hj Nazari Mokhtar dan Mazlan Aliman.
Mangsa terbunuh apabila bilik yang diduki mereka ditutup semua lubang angin dan diletakkan arang didalam pasu. Asap yang memenuhi bilik akhirnya membunuh ketiga-tiga ahli keluarga tersebut
Menurut Mazlan Aliman, Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar jangan mengambil mudah nyawa rakyat,
sekadar bersandar kenyataan adik mangsa semata-mata.
"Saya setuju pandangan
beliau jangan sensasikan isu ini. Namun membuat kesimpulan tanpa
siasatan menyeluruh adalah tidak adil dan wajar".
"Pihak Polis harus profesional. Ambil kenyataan saudara mara dan kenalan rapat. Teliti semua aspek. Aduan mangsa kepada NGO Pengerang dan pemimpin MCA tempatan. Siasatan mesti telus meskipun melibatkan dasar kerajaan yang berkait soal pengambilan tanah", ujar beliau lagi.
Mazlan Aliman juga mengingatkan bahawa isu pengambilan tanah ini sangat serius. Kesannya begitu buruk. Tapi, sikap sesetengah masyarakat kita amat mendukacitakan. Nyawa melayang pun tak sensitif

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Pimpinan PAS Melawat Rumah 3 Beranak Bunuh Diri"
Leave a reply