BlogList Malaysia

Selatan Online

UMNO Pasir Gudang Hanya Main Wayang Untuk Gugat MB Johor

Posted by Unknown on 26 Januari 2013 | 0 komen pembaca


 Oleh: Abusiraj Almuner

Hebohnya sudah satu sinetron bersiri yang dipersembahkan oleh watak-watak kecil parti ketuanan Melayu Pasir Gudang.Tindakan watak-watak kecil ini telah mengundang amaran keras dari ketua penerangannya agar ugutan harus diberhentikan.

Jangan hairan dan pelik dihati,sinetron yang ditayangkan ini hanyalah satu lakon layar yang sudah di skripkan. Kalau diadakan anugerah sudah pasti ada pemenangnya.Sinetron ini dengan sinopsis jalan cerita yang sama acapkali ditayangkan bagi tontonan umum bila tibanya musim pilihanraya.

Dikala menerima amaran keras dari Ahmad Maslan,muncullah seorang wira perkasa Melayu terakhir bernama Rohazam Shah Ahmad, Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang yang lantang bagaikan burung wali-wali menyokong tindakan watak-watak kecil tadi.

Suara lantangnya sudah pasti mendapat tepuk sorai bagaikan penglima bermata satu.Beliau dengan tegasnya berkata Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Ghani Othman akan dipertanggungjawabkan sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menyebabkan kerusi Parlimen Pasir Gudang jatuh ke tangan pembangkang.

Kata-katanya bukan main-main tetapi itulah hakikatnya.Parlimen Pasir Gudang samada DUN Permas dan Johor Jaya memang diketahui potensinya untuk melakar kejutan.Rohazam sudah pasti mengetahui semua ini tapi itu bukan persoalannya.

Tetapi rahsia disebalik percaturan ini hanya Rohazam dan ketuanya Khalid sahaja tahu.Membawa isu tanah setinggan yang sudah lapuk sebagai pertaruhan untuk mengoncangkan kredibiliti menteri besar sudah tentu ada perancangan besar.

Tanah setinggan yang dijanjikan semenjak 42 tahun dan telah melalui rentetan pilihanraya masih belum diselesaikan.kenapa sudah dekatnya pilihanraya baru berdegar-degar dan berapi-api mahu memperjuangkannya hak rakyat. Kenapa tidak sejurus kemenangan PRU-12 dulu?

Khalid bijak mengatur stretegi,beliau gunakan hulubalang-hulubalang suruhan terlolong dan melalak serupa dengan tindakan biadap mereka ketika menganggu ceramah pakatan untuk berdepan dengan Mb. Khalid sehingga ke saat ini masih diam seribu bahasa.

Tidak pelik Rohazam muncul bersuara seperti mahu kelihatan menjadi hero Cicak Man di saat genting seperti ini.Rohazam juga seakan memasang cita-cita seperti Khalid.Rohazam mungkin bercita-cita nak menjadi ahli parlimen dan peluang untuk mengisi kerusi Parlimen Pasir Gudang untuknya terbuka luas andainya Khalid bertukar ke kerusi Dun. Begitu juga Khalid idaman kerusi empuk MB masih dalam awang-awangan.

Rohazam berkata dalam kenyataannya didalam media,tindakan ahli parti sehingga sanggup menutup bilik gerakan dalam saat-saat PRU-13 semakin hampir, itu sebenarnya rakyat sudah bosan menunggu janji yang sudah terlalu lama dinanti. 

“MB sudah janji nak selesai. Sudah turun padang bertemu penduduk setinggan, tapi masih bermain teka-teki. Sampai bila? Sedangkan rakyat hari ini sudah pandai menilai janji yang ditaburkan pemimpin.

Jangan anggap rakyat marhean tidak ada otak untuk menilai sesuatu dan jangan juga ingat semua orang akan telan apa saja berita yang dihidangkan.Kalau dah nak menipu tengok-tengoklah orang keliling,takut-takut terkantoi.Saat dan ketika ini memang bilik gerakan tidak beroperasi sepenuhnya lagi.Kalau sahihlah tindakan menutup bilik gerakan seperti yang dicanang,kita tunggu apabila parlimen dibubarkan barulah kita akan lihat samada apa yang dikata tu benar atau hanya rekaan cerita dongeng.

Ada kebenaran apa yang dijelaskan oleh Ahmad Maslan dalam kenyataannya semalam. Beliau berkata bahawa bilik gerakan pusat daerah mengundi hanya diarahkan untuk dibuka selepas 1 Februari akan datang.Itu maksudnya bukanlah ditutup. Cerita ditutup ini apabila setelah penamaan calon.Kita belum berkempen pun lagi, jadi yang ini belum dibuka sahaja.

Cerekarama bersiri ini akan kita saksikan siri seterusnya.Tapi yang pasti amalan parti ketuanan melayu UMNO sejak dulu,kini dan selamanya hanyalah mengejar nikmat dunia dan bila dapat apa yang dihajat penduduk setinggan akan terkontang kanting semula.

Isu ini tidak lain daripada percaturan untuk mengugat kedudukan menteri besar dari takhta menteri besar tiada lain matlamat dari itu.Nak kata nak berjuang untuk hak rakyat, UMNO bukan tempatnya.

Penduduk setinggan harus ingat,kalau UMNO nak tolong kamu,dulu lagi dah selesai isu geran tanah,kenapa 42 tahun tidak selesai-selesai?. Untuk pengundi Pasir Gudang terutama penduduk kampung setinggan., ingat tregedy Kampung Plentong Tengah,adakah kamu rela menjadi seperti mereka dihalau dan rumah diroboh?.

*Komentar merupakan pendapat peribadi pemulis dan tidak mewakili pendirian mana-mana pihak.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "UMNO Pasir Gudang Hanya Main Wayang Untuk Gugat MB Johor"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini