PAS Mersing Santuni Masyarakat Cina
Posted by Unknown on 6 Februari 2013 | 0 komen pembaca
ENDAU: Sempena Tahun Baru Cina yang bakal disambut dan diraikan oleh masyarakat Cina tidak beberapa hari lagi, PAS Kawasan Mersing hari ini telah menyantuni masyarakat Cina dengan aktiviti mengagihkan limau dan kad ucapan selamat tahun baru Cina kepada masyarakat Cina sekitar zon Endau.
Turut bersama menjayakan program tersebut iailah Ust Azam Hj. Razak, TYDP PAS Mersing yang juga merupakan Penyelia PAR Dun Endau yang turun padang bertemu masyarakat Cina di Pekan Endau.
Menurut Ustaz Azam, kedatangan PAR Endau mendapat sambutan yang baik dari mereka. Antara lokasi edaran iaitu kedai-kedai dan kedai-kedai makan sekitar Pekan Endau, Taman Fajar,Taman Hj Atiffin, Taman Makmur, Perkampungan Cina di Kampung Hubung.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "PAS Mersing Santuni Masyarakat Cina"
Leave a reply