Pembuangan Sampah Haram, Lapor BPA - Syed Othman
Posted by Unknown on 19 Februari 2013 | 0 komen pembaca
PASIR GUDANG – Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas akan memanjangkan rungutan para penduduk Taman Megah Ria, dekat sini, kepada Biro Pengaduan Awam (BPA).
Selain itu, Syed Othman berkata, aduan kepada pihak bertanggungjawab pernah diajukannya sebelum ini pada Oktober tahun lepas, bagaimanapun masalah yang sama semakin menjadi-jadi.
“Sekiranya dalam masa terdekat masalah itu tidak diselesaikan, kita akan mendapatkan sokongan penduduk melalui tanda tangan mereka untuk dihantar kepada pihak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi pembuangan sampah haram di Jalan Jelatang 35, Taman terbabit beberapa hari lepas.
Difahamkan, lokasi lot parkir berhampiran kediaman penduduk yang dijadikan lokasi pembuangan sampah pukal bukan sahaja menjadi pembiakan nyamuk, malah turut mengundang bau busuk.
Mengulas lanjut, Syed Othman berkata, masalah yang berlarutan sejak lima bulan lalu semakin kritikal apabila barang buangan seperti perabot lama dan bahan binaan semakin banyak dilonggokkan di lokasi itu.
Sehubungan itu, pihak berwajib didesak agar tindakan lanjut diambil bagi mengelak keadaan menjadi parah.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Pembuangan Sampah Haram, Lapor BPA - Syed Othman"
Leave a reply