Penduduk 9 Buah Taman Bantah Laluan Kenderaan Berat
Posted by Unknown on 4 Februari 2013 | 0 komen pembaca
TEBRAU: Lebih 250 orang penduduk dari 9 buah taman di Tebrau telah mengadakan satu bantahan terhadap pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri Johor semalam.
Penduduk dari 9 buah taman yang terlibat adalah penduduk dari Taman Nora, Taman Muhibbah, Taman Maluri, Taman Zamrud, Taman Yahya Saaban, Taman Kasih, Taman Murni, Taman Mesra dan Taman Maju Jaya.
Difahamkan, bantahan tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati penduduk terbabit terhadap beberapa isu yang menimpa mereka yang gagal ditanggani sejak 10 tahun lalu oleh pihak-pihak berkaitan.
Antara isu yang dibangkitkan penduduk adalah isu laluan kenderaan berat yang melalui jalan utama kawasan perumahan penduduk. Dianggarkan sekitar 300 kenderaan berat seperti lori dan treler mengunakan jalan utama yang dilalui penduduk untuk mengangkut bahan konkrit daripada kilang berdekatan.
Menurut Penyelaras Pusat Aduan Rakyat (PAR) Tebrau, Saudara Shamsul Bakri, penduduk telah melahirkan rasa bimbang mereka kepada PAR Tebrau terhadap keselamatan mereka kerana jalan yang digunakan oleh kenderaan berat tersebut merupakan jalan utama yang digunakan oleh penduduk 9 taman yang terlibat.
"PAR Tebrau memandang isu yang dibawa penduduk ini merupakan isu yang serius kerana ia merupakan isu keselamatan penduduk. Nyawa penduduk menjadi taruhan apabila kenderaan berat yang melalui jalan utama mengancam nyawa mereka"
"Kami mendapat laporan daripada penduduk bahawa kawasan laluan ini kerap berlakunya kemalangan kecil melibatkan penduduk dan kenderaan berat tersebut. Terdapat juga beberapa kes dimana beberapa buah rumah rosak akibat dilanggar oleh lori yang melalui jalan tersebut. Kami juga difahamkan oleh penduduk bahawa longkang jalan utama juga sering rosak", jelas beliau lagi.
Menurut Shamsul lagi, penduduk juga mempertikaikan pembinaan kilang dikawasan taman perumahan mereka yang didakwa dibangunkan diatas tanah pertanian. Kilang tersebut juga didakwa mengunakan sumber air secara tidak sah daripada penduduk.
"Selain itu, penduduk juga melaporkan terdapat sebuah ladang ternakan ayam dan khinzir yang dibangunkan berdekatan taman perumahan mereka. Jarak pembinaan kedua-dua ladang tersebut difahamkan hanya 1 kilometer daripada kawasan perumahan penduduk sedangkan menurut undang-undang sedia ada, pembinaan perlu dilakukan di kawasan sekurang-kurangnya 10 kilometer daripada kawasan penduduk"
"PAR Tebrau melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa penduduk. Pihak kami akan membantu Jawatankuasa Penduduk walaupun cuba dihalang dan diganggu oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian Tebrau kerana kami merasakan ia merupakan isu rakyat dan perlu ditangani secepat mungkin agar keselamatan penduduk terjamin", tegas beliau lagi.
Bantahan terhadap isu yang menimpa penduduk dari 9 buah taman semalam dianjurkan oleh jawatankuasa penduduk yang yang diketuai oleh Saudara. Jayen@Supaat Bin Taros, AJK Pemuda UMNO Bahagian Tebrau merangkap Ketua JKKK Zon Taman Nora, Saudara Kimran yang merupakan Ketua Cawangan Penaja UMNO Taman Maluri dan Saudara Azmi Bin Sarmin yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Zon Tiram.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Penduduk 9 Buah Taman Bantah Laluan Kenderaan Berat"
Leave a reply