BlogList Malaysia

Selatan Online

Isu Protest Tanah: UMNO Hanya Sandiwara

Posted by Unknown on 14 Mac 2013 | 0 komen pembaca


Oleh: Ibn_Bacoks

JOHOR BAHRU – Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) tidak senang duduk apabila pendedahan demi pendedahan berhubung isu tanah dibangkitkan oleh rakyat.

Terbaru, Seramai 272 penduduk dari empat kampung di Gelang Patah desak kerajaan negeri serah baki pampasan Felcra Tebing Runtuh.

Manakala seramai 55 penduduk dari tiga kampung di Segamat dakwa hak mereka sebagai pemilik tanah dinafikan seperti laporan Sinar Harian 12 Mac 2013.

UMNO-BN negeri dikatakan akan menghadapi laluan sukar jika gagal selesaikan isu tanah yang berlambakan.

Sementara itu, pekung mula terdedah seperti dakwaan isu tanah setinggan yang ingin diselesaikan UMNO di Pasir Gudang hanya sandiwara menjelang Pilihan raya Umum (PRU) 13.

Menurut Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Johor, Syed Othman Syed Abdullah, kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Abd. Ghani Othman dilihat begitu terdesak dan terhimpit dengan isu setinggan ketika di pusingan akhir persediaan menhadapi PRU.

Katanya, penduduk di Kampung Rumah 10, Kampung Seri Bahagia, Jalan Jasa Kampung Plentong dan Kampung Plentong Baru hanya diberikan Sijil Kelayakan Menduduki Tapak Rumah yang hanya ditandatangani oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

“Kalau betul nak bagi geran tanah kepada penduduk, kenapa tak terus bagi sekarang dan perlu tunggu pertengahan tahun ini?

“Lebih 10 tahun penduduk menunggu, rasanya kerajaan negeri sudah mempunyai cukup masa untuk menyelesaikan perkara ini.

“Kita pertikaikan pemberian Sijil Menduduki Tapak Rumah yang ditandatangani oleh UPEN, kenapa MB atau pihak pejabat tanah tak turunkan tandatangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau yang juga AJK Badan Perhubungan PAS Johor meminta rakyat berhati-hati dengan sandiwara UMNO ini kerana jika geran yang dijanjikan pertengahan tahun ini tidak diberikan, mereka perlu menunggu lima tahun lagi untuk menukar kerajaan.

Malah berjanji sekiranya Pakatan Rakyat (PR) dapat menawan Johor pada PRU 13, pihaknya bersedia mengkaji semula isu yang melibatkan tanah setinggan.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Isu Protest Tanah: UMNO Hanya Sandiwara"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini