Lagi Markas Baru PAS, UMNO Kulai Kini Nyawa-Nyawa Ikan?
Posted by Unknown on 29 Mac 2013 | 0 komen pembaca
Oleh: Ibn_Bacoks
KULAIJAYA – Perkembangan politik negeri ini memang kecoh dengan pelbagai peristiwa dramatik petanda UMNO/BN kini berada pada tahap ‘nyawa-nyawa ikan’.
Hal ini boleh dilihat dengan percambahan bilik gerakan mahupun markas Pakatan Rakyat didirikan di pelusuk Johor.
Kalau sebelum ini, ibn bacoks melaporkan PAS cawangan Taman Johor Jaya berjaya ditubuhkan dan mampu memberi saingan buat BN Johor yang selama ini bangga berstatuskan kubu kuat mereka.
Difahamkan, kejayaan PAS Pasir Gudang membina jentera di peringkat kawasan sekaligus menolak dakwaan yang ahlinya memberontak seperti insiden ‘lakonan’ demontrasi berhubung kalimah Allah baru-baru ini.
Terbaru, pelancaran Bilik Gerakan UPU Felda Pasir Raja (Dun Pasir Raja) malam ini meriah dengan kehadiran ramai anak muda generasi kedua dan ketiga felda mampu mengubah wajah landskap politik negeri ini.
“Anak-anak muda yang hadir bukan ahli PAS. Mereka mendapat kesedaran politik melalui informasi dari laman sosial dan media baru. Alhamdulillah, mood perubahan semakin ketara. Masa untuk ubah,” kata Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Lagi Markas Baru PAS, UMNO Kulai Kini Nyawa-Nyawa Ikan?"
Leave a reply