BlogList Malaysia

Selatan Online

MP DAP Tinggal Kawasan ‘Selamat’ Berjuang Di Johor

Posted by Unknown on 31 Mac 2013 | 0 komen pembaca


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong diumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen P.152 Kluang dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Beliau menjadi pemimpin tertinggi DAP yang kedua bertandang ke Johor selepas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, diumumkan calon untuk Parlimen P.162 Gelang Patah.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sewaktu satu jamuan anjuran DAP Kluang di Kluang malam tadi, lapor Roketkini. (Gambar atas)

Sewaktu pengumuman dibuat di hadapan ribuan hadirin yang menderma melalui pembelian meja makan malam tersebut, Liew mendapat sorakan dan tepukan gemuruh yang membayangkan sokongan yang bakal diperolehi dalam PRU13 nanti.

Guan Eng yang juga Kerua Menteri Pulau Pinang berkata, Liew juga sudah berpengalaman sebagai Ahli Parlimen di Pulau Pinang sejak 2008 di mana beliau berperanan membantu kerajaan negeri menggubal dasar-dasar untuk rakyat, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.

Selepas pengumuman dibuat, Liew yang bergegas ke satu majlis ceramah bersama PAS-DAP yang turut diadakan di Kluangi malam tadi, memberitahu hadirin yang kebanyakannya orang Melayu bahawa beliau mahu belajar dari penduduk dan pengundi Kluang untuk membolehkannya memberi perkhidmatan yang terbaik sebagai wakil rakyat.

“Selepas saya diberi mandat oleh rakyat di Parlimen Bukit Bendera dahulu, saya banyak belajar daripada pengundi-pengundi saya yang membolehkan saya faham dan tahu apa yang mereka mahukan. Bukan sahaja isu-isu tempatan, malah pengundi juga meminta saya membawakan isu-isu nasional di Parlimen” katanya kepada Roketkini selepas ceramah itu.

Beliau yakin jika ‘Melayu undi DAP, Cina undi PAS’ pendekatan yang bermaksud pengundi semua kaum tidak takut untuk memilih mana-mana calon Pakatan Rakyat, ia bukan sahaja dapat memenangkan Kluang, malah Pakatan akan Berjaya menubuhkan kerajaan yang baru.

Menurut Liew, beliau sanggup meninggalkan kerusi Parlimen Bukit Bendera yang dimenanginya dengan majoriti 16,000 undi dalam PRU 2008 untuk mengadu nasib di Kluang semata-mata mahu membawa harapan baru ke arah kerajaan yang bersih, prihatin rakyat dan tidak menindas.

“Dalam perjuangan kita tidak boleh memilih yang ‘selamat’ sahaja. Jika kita tak berdepan dengan halangan yang besar dengan strategi dan usaha yang baik, sampai bila-bila kita tak boleh bergerak maju,” katanya.

Parlimen Kluang mempunyai  51 peratus pengundi kaum Cina manakala Melayu 38 peratus dan India hampir 10 peratus dalam kawasan yang mempunyai hampir 83,000 pengundi. BN menguasai kerusi itu sejak lebih 30 tahun lalu.

Sumber: Harakahdaily


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "MP DAP Tinggal Kawasan ‘Selamat’ Berjuang Di Johor"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini