PAR Negeri Johor Temui PDRM Johor, Bantu Selesai Masalah Penduduk
Posted by Unknown on 13 Mac 2013 | 0 komen pembaca
Satu pertemuan tertutup bersama Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri Johor, ACP Azizan Anang bersama penternak lembu dan kambing persatuan penternak lembu tenusu Negeri Johor berlangsung petang tadi dalam suasana yang penuh harmoni.
Pertemuan yang diadakan itu bertempat di Ibupejabat Polis Kontigent(IPK) Johor adalah untuk membincangkan masalah kecurian lembu yang dilakukan oleh sekumpulan penjenayah bersenjata dan memohon kerjasama pihak polis untuk mencari keadah pencegahan kerana ia kerap berlaku sejak kebelakangan ini hingga menyebabkan kerugian yang ditanggung oleh penternak malah ia menimbulkan juga rasa ketakutan pada penternak.
Pertemuan yang turut dihadiri oleh penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Permas, Syed Othman Abdullah,PAR Kempas, Suhaizan Kaiat dan Pengerusi Khidmat Masyarakat PKR Tebrau, Sivabala.
Dalam sesi dialog bersama ACP Azizan serta pegawai tinggi polis yang lain telah berlangsung selama 1 jam turut membincangkan cadangan-cadangan yang akan diguna pakai bagi mencegah kejadian seumpama dari terus berulang.sejerus selesainya pertemuan tersebut satu sidang media telah diadakan diperkarangan IPK dan beberapa wartawan dari akhbar berbahasa mnelayu,cina dan india hadir dalam sidang yang diadakan itu.

Oleh: Abusiraj Almuner
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "PAR Negeri Johor Temui PDRM Johor, Bantu Selesai Masalah Penduduk"
Leave a reply