BlogList Malaysia

Selatan Online

PAS Akan Lancar 1Peguam 1Parlimen

Posted by Unknown on 5 Mac 2013 | 0 komen pembaca


KUALA LUMPUR: PAS akan melancarkan pendekatan 1Peguam 1Parlimen di kawasan calonnya bertanding sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Menyatakan demikian di sini hari ini, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata pendekatan kali pertama dilaksanakan itu bertujuan membantu calon PAS menangani isu berkaitan perundangan.

"Kita akan terus laksanakan 1Peguam, 1Parlimen sejurus pembubaran Parlimen yang mana kita ada pemantauan dari sudut ahli perundangan...untuk menyelesaikan isu perundangan yang timbul seperti kes penipuan sepanjang pilihan raya berjalan," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian Hi-Tea Peguam-peguam PAS seluruh Malaysia anjuran Juham oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Juham terdiri daripada anggota yang semuanya bekerjaya sebagai peguam dan setakat ini terdapat lebih 100 peguam menganggotainya. 

Dalam pada itu, Salahuddin memberitahu pemberita, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak perlu diperdebatkan lagi oleh mana-mana pihak memandangkan sudah diputuskan Majlis Syura PAS. 

Mengulas mengenai impak pelbagai kontroversi menghimpit pakatan pembangkang terutama mengenai soal-soal berkaitan PRU13, Salahuddin berkata ia tidak akan memberi sebarang kesan (negatif) malah pakatan itu semakin mendapat sokongan daripada rakyat. -BERNAMA

Sumber : mStar


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "PAS Akan Lancar 1Peguam 1Parlimen"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini