BlogList Malaysia

Selatan Online

Terkapai-kapai Sebelum Hanyut

Posted by Unknown on 5 Mac 2013 | 0 komen pembaca


KOTA TINGGI – “Saya sangka arwah pandai berenang, namun sangkaan saya meleset apabila melihatnya terkapai-kapai sebelum tenggelam dihanyutkan arus,” kata rakan kepada kaki pancing yang maut apabila bot dinaiki mereka terbalik dalam kejadian di Sungai Johor berhampiran loji air milik Syarikat Air Johor (SAJ) Linggiu, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa, Rosli Sukaimi, 47, bersama rakannya, Ramlan Yatin, 51, dikatakan hendak memancing udang sebelum terjatuh.

Ramlan yang terselamat berkata, dia sering memancing bersama mangsa sejak lebih 10 tahun lalu.

Menurutnya, ketika kejadian, dia duduk di hadapan bot dan mangsa terjatuh sebaik bot dinaiki mereka terlanggar tali gombang yang banyak merentangi sungai tersebut sebelum terbalik.

“Pada mulanya kami berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada bucu bot sebelum mengambil keputusan berenang ke tebing sungai.

“Namun, arwah terkapai-kapai dan tenggelam dihanyutkan arus,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT), dekat sini, semalam.

Difahamkan, Ramlan terdampar di tepi tebing dan terpaksa menunggu sehingga jam 6 petang sebelum diselamatkan nelayan Orang Asli yang melalui kawasan itu.

Manakala, mayat Rosli ditemui terapung tidak jauh dari lokasi dikatakan hilang kira-kira jam 11.50 pagi semalam.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Azman Jantan berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan sejurus selepas mendapat maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 6.18 petang.

“Oleh sebab faktor keselamatan dan keadaan cuaca yang gelap, operasi terpaksa dihentikan pada jam 8 malam sebelum disambung semula awal pagi ini (semalam).

“Mangsa ditemui kira-kira jam 11.50 pagi tadi (semalam) dan mayat dihantar ke HKT untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di perkuburan Islam Bandar Tenggara,” katanya.

Mangsa yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Bandar Tenggara, dekat sini, meninggalkan seorang balu, Norleha Yahya, 47, dan empat anak.

Sumber : Sinar Harian


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Terkapai-kapai Sebelum Hanyut"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini