BlogList Malaysia

Selatan Online

Presiden PAS Seru Rakyat Johor Lakukan Perubahan

Posted by Unknown on 18 Mac 2013 | 0 komen pembaca


SKUDAI: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyeru rakyat negeri Johor membuat perubahan untuk bersama Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti.

Seruan ini dibuat memandangkan UMNO/BN dilihat sudah tidak relevan dalam  membela nasib rakyat.Pelbagai isu yang menimpa rakyat negeri Johor gagal diselesaikan oleh kerajaan yang sedia ada pada hari ini.

"Saya menyeru seluruh rakyat negeri Johor membuat perubahan untuk bersama Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti".

"Sudah 50 tahun lebih UMNO/BN memerintah, namun masalah tanah rakyat di negeri Johor masih lagi tidak dapat diselesaikan. Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat negeri Johor untuk menyelesaikan masalah-masalah ini ", ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Himpunan Tanah Rakyat Negeri Johor dan kenduri rakyat semalam di Taman Pulai Utama Skudai.

Hadir sama adalah YB Lim Kit Siang, Penasihat DAP, YB Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor, Dato’ Dr Mahfodz.Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor, Hassan Abd Karim, Naib Pengerusi PKR Johor, Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.





**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Presiden PAS Seru Rakyat Johor Lakukan Perubahan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini