UMNO Pengganas?
Posted by Unknown on 18 Mac 2013 | 0 komen pembaca
Oleh: Ibn_Bacoks
JOHOR BAHRU – Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor mendakwa UMNO adalah ‘pengganas’ sebenar yang akan mencetuskan huru-hara berikutan beberapa tindakan provokasi terhadap pembangkang sebelum ini.
“Ini bukanlah tuduhan liar dan kita boleh nampak banyak tindakan keganasan terhadap Pakatan Rakyat (PR) dilakukan oleh UMNO sendiri.
“Saya sendiri telah diserang dan diancam beberapa kali ketika mengadakan ceramah, jadi siapa yang ganas dan bertindak mencetuskan huru-hara?” katanya yang dipetik Sinar Harian, 15 Mac lalu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO yang mendakwa mempunyai maklumat bahawa pembangkang dipercayai merancang menggagalkan Pilihan raya Umum (PRU) 13 dengan mewujudkan porak-peranda.
Sementara itu, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor menggesa Muhyiddin menyerahkan dokumen yang dikatakan rancangan menggagalkan PRU kepada pihak berkuasa agar siasatan dapat dijalankan dan tindakan lanjut diambil.
“Kalau betul ada dokumen, serahkan saja pada pihak berkuasa supaya siasatan dapat dibuat. Jangan hanya bawa fitnah dan cakap saja tapi dia juga perlu bertindak,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Mahfodz menyangkal dakwaan bahawa pembangkang mempunyai rancangan mencetuskan huru-hara dan menggagalkan PRU seperti didakwa dan menganggapnya sebagai tuduhan tidak berasas.
“Perkara itu takkan berlaku sebab kita sudah beberapa kali hadapi PRU namun tidak pernah ada huru-hara apatah lagi dalam PRU kali ini kita amat yakin bahawa PR akan menang.
“Jadi kenapa perlu kita nak gagalkan PRU jika PR punyai peluang tinggi untuk menang, mungkin dia (BN) yang akan buat huru-hara sebab biasanya hanya orang yang kalah akan buat begitu,” katanya lagi.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "UMNO Pengganas?"
Leave a reply