BlogList Malaysia

Selatan Online

Razali Ibrahim Tidak Lulus Subjek Matematik SPM?

Posted by Unknown on 21 Mac 2013 | 1 komen pembaca



Bicara Kolumnis: AMNI JAGAT




Manusia suka bercakap menggunakan emosi tanpa memikirkan dengan jelas apa implikasi yang akan terjadi pada dirinya. Sebagai pemimpin sepatutnya mereka mesti berkata atau bertutur dengan menggunakan akal bukan emosi dalam menjawab sebarang isu.

Dalam akhbar Utusan Malaysia 17 Mac yang lalu, kenyataan Razali Ibrahim Naib Ketua Pemuda UMNO dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah mengeluarkan kenyataan yang sebarangan tanpa usul periska.

Penekaan terhadap kerusi yang akan ditandingi DAP di Parlimen Johor ternyata mengecewakan. Bercakap tanpa landasan fakta itulah yang menyebabkan Razali Ibrahim hari ini terpaksa menelan kata-katanya sendiri berhubung dengan 15 kerusi Parlimen yang akan ditandingi DAP.

Ternyata penggiraan seorang menteri begitu kolot dan fakta yang dikeluarkan terlalu dangkal. Bagaimana jika DAP sebenarnya tidak bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) dengan kerusi Parlimen sebanyak itu?

Dalam maklumat yang diperolehi, DAP tidaklah bertanding kerusi Parlimen di Johor ini dalam penggiraan kerusi sebanyak yang dikatakan. DAP hanya bertanding dalam lingkungan 7 hingga 8 kerusi sahaja dan selebihnya ditandingi oleh PKR dan PAS.

Apa yang menyebabkan Razali bertindak mengeluarkan kenyataan yang dangkal sebegitu semuanya masih menjadi persoalan. Mungkin Razali perlu lagi belajar ilmu kira-kira agar karier politiknya di masa depan dapat terus bergerak dengan baik.

Andai ingin mengambil hati orang Melayu pun janganlah sampai menfitnah kenyataan yang jelas bercanggah dengan dasar manusia waras dan sihat. Kalau kurang waras atau demam pun janganlah keluar kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Serasanya Razali perlu mengambil semula mata pelajaran matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mungkin Razali tidak lulus dalam mata pelajaran tersebut. Mana tidaknya penggiraan yang mudah antara 15 dengan 7 pun tak dapat dibezakan. Ketidak siuman seorang menteri harus dinilai agar ia tidak lagi menjadi wakil rakyat pada masa akan datang.

Menagih simpati rakyat bukanlah dengan cara menfitnah, biarlah ia di landasan yang rasional jangan bertindak melulu sehingga boleh dikategorikan sebagai tindakan yang ‘bodoh’. Mengkaji serta mendalami sesuatu kenyataan itu yang terbaik sebelum mengeluarkan kenyataan.

Sayangnya manusia yang bertindak mempertahankan serta menaikkan minda masyarakat dipergunakan pada jalan kepuasan nafsu sendiri. Pemimpin yang baik bukan dinilai berdasarkan kemampuan material atau kuasanya.

Pemimpin yang baik dinilai melalui ilmunya dan manifestasi dari ilmunya. Jika ilmunya dangkal dalam soal politik atau pentadbiran seharusnya pemimpin itu perlu disingkirkan kerana tindakan atau manifestasinya akan merosakkan tamadun pemikiran rakyat.

Dalam soal ilmu kira-kira pun Razali tidak tahu membahasakan dengan waras apatah lagi ilmu yang lebih berat seperti sains dan teknologi pembangunan. Umur masih muda tetapi pemikirannya sudah mencecah ke usia nazak dengan meroyan seperti orang buang tabiat.

Andai benar-benar Razali ingin belajar strategi berlawan, bacalah buku ‘Seni peperangan – Art of war (Sun Tzu)’ terlebih dahulu sebelum menjalankan strategi. Dalam buku tersebut Sun Tzu mengajarkan bagaimana sesuatu strategi peperangan itu akan berjaya yakni dengan mencari serta mengkaji pergerakkan pihak lawannya terlebih dahulu.

Ternyata perkara itu tidak timbul dalam minda Razali yang lebih melulu dari mengkaji pergerakkan lawan sehingga bercakap membabi buta. Inilah kesan kepimpinan yang sudah sekian lama memerintah sehingga mereka duduk dalam keadaan yang selesa tanpa boleh berfikir dengan waras tentang sesuatu perkara yang waras.

Razali masih lagi cuba menanamkan sifat anti perkauman yang menebal dalam diri rakyat di Malaysia. Sedangkan pada masa yang sama Perdana Menteri Malaysia yang juga presiden UMNO sendiri tidak habis-habis bersorak menjerit tentang perpaduan.

Pada 12 Mac yang lalu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa politik perkauman adalah politik kolot serta ketinggalan zaman. Janganlah Razali cepat melenting tidak tentu pasal berkenaan isu kerusi Parlimen di Johor ini.

Hakikatnya Razali perlulah belajar semula tentang ilmu kira-kira supaya dia dapat menggira dengan betul semula. Usah menyerlahkan aib yang ada dalam diri dan mengajak rakyat lain turut sama menjadi kolot dan bodoh dalam ilmu kira-kira.

Ternyata hari ini sebenarnya UMNO sudah kehabisan modal dalam melancarkan perang sarafnya dalam menggerakkan kempen menghadapi PRU13 yang akan datang. Pakatan Rakyat sudah mengeluarkan manifestonya di mana pula manifesto dari Barisan Nasional?

Sibuk dengan menyangkal manifesto orang lain sedangkan manifestonya adakah baik pula untuk rakyat terutamanya orang Melayu. Jika benar Barisan Nasional ingin menjadi kerajaan yang prihatin lawanlah dengan cara yang lebih profesional bukan dengan cara kurang waras atau gila.



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "Razali Ibrahim Tidak Lulus Subjek Matematik SPM?"

  1. Tanpa Nama says:

    alip ya mim.............boya!!

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini