Rumah Pengerusi NGO Pengerang Disimbah Cat Merah
Posted by Unknown on 16 Mac 2013 | 0 komen pembaca
PENGERANG : Rumah Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Azli telah disimbah cat merah hari ini dua minggu selepas beliau menerima ugutan berbentuk batu nisan yang digantung dihadapan rumahnya.
Kejadian yang berlaku ini disedari oleh ahli keluarga beliau pada awal pagi hari ini. Pada 24 Februari yang lalu, Anis bersama dua orang lagi ahli jawatankuasanya telah menerima batu nisan yang tertera nama dan tarikh kematiannya dan dua orang ahli jawatankuasa terbabit.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bandar Penawar terhadap insiden yang menimpa beliau ini.
Berita Lanjut Akan Menyusul
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bandar Penawar terhadap insiden yang menimpa beliau ini.
Berita Lanjut Akan Menyusul
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Rumah Pengerusi NGO Pengerang Disimbah Cat Merah"
Leave a reply