BlogList Malaysia

Selatan Online

Ibu 7 Anak Tanpa Bekalan Air Dan Elektrik

Posted by Unknown on 16 Mac 2013 | 0 komen pembaca


SIMPANG RENGGAM: Pusat Aduan Rakyat (PAR) Simpang Renggam telah membuat lawatan ke rumah seorang penduduk  bernama Kalimah binti Osman di Kampung Paya, Layang-layang. Berusia 42 tahun, hidup miskin tanpa tempat bergantung. 
 
Kalimah menyara 7 orang anak dan menjaga 3 orang anak angkat. Empat daripada tujuh orang anaknya itu bersekolah dan anak sulungnya telah berusia 19 tahun berkerja sebagai pemungut barang-barang terpakai atau lusuh dan dijual untuk menjadikan pendapatan harian seisi keluarga. Anaknya yang sulung bersekolah sehingga darjah 2 sahaja.
 
Menurut Suhaizan Kaiat yang merupakan Penyelia PAR Simping Renggam, 3 orang anak angkat yang dijaganya itu adalah anak dari rakannya yang tiada tempat tinggal. Bermakna Kalimah sedang menyara 10 orang anak (termasuk 3 orang anak angkat). 
 
Suami Kalimah telah ditahan oleh pihak berkuasa sejak sebulan yang lalu kerana masalah dadah. Kalimah telah membuat pemohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun masih tidak diberi sebarang maklum balas. 
 
 
Pendapatan tidak menentu Kalimah dan keluarga sekitar RM 300.00 sebulan yang dapat hasil penjualan barang lusuh oleh anak sulungnya.
 
Menurut Suhaizan lagi, rumah Kalimah juga tiada bekalan elektrik dan air. Mereka menggunakan pelita disebelah malam.
 
 Bekalan air diperolehi daripada kolam dan sungai dihadapan rumahnya. Kehidupan keluarga ini cukup menderita. Makan dan minum anak-anaknya tidak menentu. Kalimah cukup tertekan dengan perbelanjaan sekolah anak-anak dan kenaikkan harga barang.
 
"Pusat Aduan Rakyat Simpang Renggam berpendapat bahawa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) wajar mempercepatkan kelulusan bantuan kepada Kalimah. Bagi mengurangkan beban keluarga ini masyarakat setempat seharusnya membantu keluarga ini  terutamanya anak-anak Kalimah yang sangat memerlukan bantuan"
 
"Pusat Aduan Rakyat Simpang Renggam telah memberi sedikit sumbangan bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh Kalimah. Sebarang bantuan kewangan boleh terus disalurkan kepada Kalimah Binti Osman 151258067999(maybank)", ujar beliau dalam satu kenyataan media kepada pemberita hari ini.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Ibu 7 Anak Tanpa Bekalan Air Dan Elektrik"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini