BlogList Malaysia

Selatan Online

Selepas Melaka, Johor Destinasi Treler Negara Berkebajikan Seterusnya

Posted by Unknown on 5 Mac 2013 | 0 komen pembaca


PAGOH – Siri Jelajah Negara Berkebajikan Pas anjuran Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPP) akan memeruskan lagi siri penjelajahannya ke selatan tanah air, iaitu Johor.

Menurut Pesuruhjaya Pas Johor, Dato’ Prof Dr Mahfodz Mohamed, konvoi treler ini akan tiba lewat malam ini bagi memeruskan program penerangan kepada rakyat Johor pada awal keesokan harinya.

Dalam kenyataan yang sama ketika dihubungi, beliau menyatakan bahawa Pas Johor telah membuat persiapan yang rapi untuk menerima kunjungan treler negara berkebajikan ini.

“ Konvoi treler ini kita jangka akan tiba lewat malam ini, sekitar jam 1 pagi dari Melaka dan treler akan berhenti di hadapan Pejabat Pusat Aduan Rakyat (PAR) Bukit Gambir.

“Mengikut perancangan yang dibuat sebelum ini, kita akan adakan pelancaran Konvoi Treler Negara Berkebajikan Pas ini secara besar-besaran awal pagi hari Rabu di hadapan Pejabat PAR Bukit Gambir,” jelas beliau lagi.

Sebelum ini, treler yang tiba di Melaka pada jam 3.15 pagi baru-baru ini disambut meriah jentera PAS serta Unit Amal dan diiringi 20 buah kenderaan menuju ke Markas Pas Tanjung Bidara.

Tambah beliau lagi, dalam program pelancaran treler negara berkebajikan ini juga akan dimeriahkan lagi dengan gimik pelancaran, persembahan nasyid, edaran risalah dan ucapan beberapa pimpinan Pas negeri Johor.

“Treler ini pada hari yang sama (Rabu) akan terus bergerak ke kawasan sekitar DUN Jorak, DUN Sungai Abong, DUN Maharani dan Sungai Balang.

“Insyaallah pada malam yang sama kita akan adakan ceramah yang bakal menampilkan YB Salahuddin Ayub, Saudara Mazlan Aliman dan ramai lagi pimpinan Pas negeri Johor,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, Pas Ledang selaku tuan rumah pertama bagi Siri Jelajah Negara Berkebajikan di Johor ini mengharapkan bukan sahaja sokongan dan sambutan daripada penyokong dan pendokong Pas, tetapi masyarakat Johor setempat yang mahukan perubahan dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang tidak lama lagi.

“Saya lihat bahawa semangat, sambutan dan dorongan rakyat Johor terutamanya untuk ubah kali ini amat kuat. Justeru saya yakin, kedatangan konvoi jelajah kali ini akan lebih membakar semangat rakyat Johor untuk Pakatan Rakyat sampai ke Nusajaya,” tegas beliau lagi.

Konvoi Treler Negara Berkebajikan ini difahamkan akan menjelajah seluruh negeri Johor pada 6 hingga 9 Mac meliputi kawasan Batu Pahat, Simpang Renggam, Benut, Pontian, Gelang Patah, Tebrau, Kulai dan Pulai.

Jadual Konvoi Negara Berkebajikan Pas di Johor



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Selepas Melaka, Johor Destinasi Treler Negara Berkebajikan Seterusnya"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini