Treler Negara Berkebajikan Keliling Johor,Sampai Maklumat Kepada Rakyat
Posted by Unknown on 6 Mac 2013 | 1 komen pembaca
JOHOR BAHRU: Treler Negara Berkebajikan yang dilancarkan oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di Pejabat Agung PAS Jakan singgah ke negeri Johor pada 6 Mac sehingga 9 Mac 2013 akan datang.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor yang juga merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Parit Yaani, Tn. Hj. Aminolhuda Hassan, kehadiran treler ini disambut baik oleh PAS Negeri Johor.
Beliau juga menyatakan bahawa kehadiran treler ini ke negeri Johor akan dimanfaatkan sebaiknya oleh PAS negeri Johor untuk memberi penjelasan kepada rakyat Johor berkenaan isu-isu yang berlaku di dalam negeri Johor dan isu-isu negara.
"Konvoi treler negara berkebajikan ini kita lakukan disebabkan ketidakadilan pada media arus perdana terhadap Pakatan Rakyat pada hari ini.
"Selain itu, kehadiran treler ini ke negeri Johor adalah untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil alih pentadbiran negeri Johor.
"Disamping itu kita juga ingin memperkenalkan kepimpinan PAS negeri Johor kepada rakyat Johor untuk mereka menilai pimpinan kita yang juga setanding dengan pimpinan UMNO Johor", ujar beliau lagi ketika dihubungi.
Menurut beliau lagi, jelajah mengunakan treler ini juga akan dimanfaatkan untuk menerangkan manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan baru-baru ini kepada rakyat negeri Johor untuk pertimbangan dan perhatian mereka.
Treler negara berkebajikan akan memulakan sesi jelajah pada 6 Mac 2013 di Bukit Gambir. Treler ini akan berada di Jorak, Sungai Abong, Maharani, Sungai Balang,, Parit Sulong, Ayer Hitam, Parit Yaani, Simpang Renggam, Benut, Pontian, Gelang Patah, Tebrau, Kulai dan akan mengakhiri sesi jelajah di negeri Johor di kawasan Pulai pada 9 Mac 2013.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
baru nampak treler ni kat pekan merlimau semalam