BlogList Malaysia

Selatan Online

Ugut Guna Batu Nisan Satu Cara Hina

Posted by Unknown on 7 Mac 2013 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU – Gabungan NGO Pengerang mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan segera bagi menangkap suspek yang terbabit dalam kes ugutan menggantung batu nisan di rumah beberapa ahli jawatankuasa NGO berkenaan baru-baru ini.

Setiausaha kerjanya, Zaaba Abdul Samad berkata, ugutan berkenaan merupakan satu perkara serius dan tindakan segera perlu diambil bagi memastikan keselamatan mangsa terlibat lebih terjamin.

“Tindakan mengukir nama dan tarikh kematian mangsa pada batu nisan adalah tindakan yang amat hina dan ini menunjukkan ugutan yang dibuat adalah serius.

“Keadaan ini juga boleh menyebabkan kekeliruan dan salah anggap dalam kalangan penduduk dan orang ramai,” katanya dalam satu sidang media.

Zaaba berkata, setakat ini, tiada perkembangan lanjut diterima daripada pihak berkuasa berhubung kes berkenaan dan kejadian yang berlaku turut menyebabkan kebimbangan dalam kalangan ahli jawatankuasa gabungan terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rashid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, kes itu masih dalam siasatan, namun sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

“Kes ini dikendalikan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membabitkan ugutan jenayah.

Belum ada tangkapan dibuat dan kita masih meneruskan siasatan,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli mendakwa menerima ugutan bunuh apabila menemui sebuah batu nisan digantung di pagar rumahnya di Bandar penawar, Kota Tinggi, 24 Februari lalu.

Selain Anis, Setiausaha Cabang PKR Pengerang, Taufik Tahir dan penduduk, Yahaya Maspie mendakwa turut menerima ugutan sama yang tertera nama dan tarikh kematian mereka.

Ugutan itu dipercayai berkaitan penentangan mereka terhadap Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.

Sumber : Sinar Harian


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Ugut Guna Batu Nisan Satu Cara Hina"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini