BlogList Malaysia

Selatan Online

Jeneral (B) Ketuai Cabaran PKR di Johor

Posted by Unknown on 3 April 2013 | 0 komen pembaca


Pakatan Rakyat terus membariskan 'heavyweight' di Johor dengan meletakkan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai calon PKR untuk kerusi Parlimen Johor Bahru.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan Steven Choong sebagai calon kerusi parlimen Tebrau, Nor Hizwan Ahmad (parlimen Muar) dan Datuk Idris Jauzi (parlimen Batu Pahat).

Choong PKR merupakan timbalan setiausaha agung PKR dan dikaitkan sebagai penyokong kuat Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Nor Hizwan - anak kelahiran Muar - pernah bersama MAS, dan aktif di PKR Ampang sebelum dilantik sebagai penyelaras PKR bagi parlimen Muar parlimen.

Idris adalah Naib Presiden NGO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Hubungannya dengan Anwar bermula sejak ketika Anwar berada dalam kerajaan, sewaktu Idris menjadi timbalan ketua pengarah Biro Tata Negara.

Anwar membuat pengumuman itu di hadapan ribuan penyokong di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Kg Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bahru malam tadi

"Kami mempunyai seorang jeneral empat bintang sebagai calon anda bagi Bahru," katanya.

Md Hashim menyertai PKR pada 6 Mac lalu.

Anwar sepatutnya mengumumkan nama Md Hashim dalam satu ceramah pada 23 Mac lalu di Simpang Renggam, bagaimanapun Md Hashim tidak hadir kerana mengalami keracunan makanan.

Pada pilihan raya umum 2008, Tan Sri Shahrir Samad - tokoh Umno yang berpengalaman dan pernah menjadi menteri kabinet - menewaskan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hassan Karim dengan majoriti 25,349 undi.

Dengan pengumuman itu, ia dilihat sebagai usaha Pakatan Rakyat untuk 'menawan' negeri di selatan semenanjung Malaysia - yang sebelum ini dianggap simpanan tetap BN.

Sebelum ini, beberapa tokoh Pakatan Rakyat khususnya DAP akan bertanding di beberapa kerusi parlimen di negeri itu antaranya Lim Kit Siang di parlimen Gelang Patah dan Liew Chin Tong di Kluang.

Sumber : Malaysiakini


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Jeneral (B) Ketuai Cabaran PKR di Johor"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini