BlogList Malaysia

Selatan Online

Ustaz Abdullah, Ketua Ulamak Dalam Dun Johor

Posted by Unknown on 21 Jun 2013 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHARU: Dewan Undangan Negeri Johor semalam mencatat sejarah apabila Adun Puteri Wangsa, Ustaz Abdullah Husin menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS pertama sebagai wakil rakyat di Dun itu.

Ustaz Abdullah, 52, mengangkat sumpah sebagai Adun semalam di dalam Dewan Undangan Negeri Johor Darul Ta'zim.

Ketika dihubungi, Ustaz Abdullah menegaskan bahawa selaku Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, beliau akan memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan Umat Islam khususnya yang berkaitan dengan rakyat negeri Johor Darul Ta'zim.

"Di antaranya adalah isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan sosial, pengaktifan institusi-institusi agama di Johor terutamanya pengimarahan masjid.

"Kita juga InsyaAllah akan memperjuangkan isu berkenaan dikembalikan cuti hari Jumaat yang telah ditukar oleh kerajaan Umno Johor sedangkan Johor adalah negeri yang majoritinya umat Islam" tegas beliau yang juga merupakan AJK Dewan Ulamak PAS Pusat.

Dalam Pilihanraya yang lalu, Ustaz Abdullah, berjaya menewaskan calon BN, M Soorian dan calon bebas Ravindaran Doraisamy dengan majoriti 3,469 undi.

Beliau memperolehi 20,357 undi, Soorian 16,888 sementara Ravindaran 973 undi.

Ustaz Abdullah merupakan lepasan Universiti Islam Lucknow, India dan Universiti Al-Azhar Mesir. Pernah menjadi Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Masriyah dan juga merupakan Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah Menengah Arab Al-Masriyah (2012-2013).

Beliau diantara aktivis masyarakat yang dikenali ramai khususnya bagi umat Islam dikawasan beliau.

Selain bergerak aktif dalam NGO kemasyarakatan tempatan, beliau juga aktif menyampaikan kuliah-kuliah agama dikawasan beliau sejak dahulu lagi.

Menurut beliau, dengan kepercayaan yang diberikan kepada beliau oleh pengundi, beliau InsyaAllah akan memberikan perkhidmatan dan pembelaan tanpa mengira latarbelakang agama,warna kulit dan parti.

Sumber: Harakahdaily


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Ustaz Abdullah, Ketua Ulamak Dalam Dun Johor"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini