BlogList Malaysia

Selatan Online

PRK Kuala Besut : Jangan Mengongkong Minda Pendidik

Posted by Unknown on 20 Julai 2013 | 0 komen pembaca


Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan ( NGO PENDIDIK Malaysia),Cikgu Mala memberi amaran agar jangan ada mana- mana pihak cuba mengongkong minda pendidik dan mengugut agar perlu mengundi UMNO Barisan Nasional dalam PRK N01 Kuala Besut akan datang. “Guru bukanlah ‘robot’ yang boleh diarah sesuka hati sehingga hak mereka sebagai warganegara Malaysia yang boleh membuat keputusan dalam memilih siapa yang mereka mahukan sebagai pemimpin atau wakil rakyat dinafikan”,tegasnya lagi.Tiada sesiapa pun boleh memaksa mana- mana guru agar mengikut arahan yang ‘tidak bertamadun ‘ seperti itu.

“Guru adalah insan yang berkhidmat untuk rakyat dan gajinya dibayar oleh rakyat ,bukan dari duit poket UMNO Barisan Nasional.Jadi, jangan paksa warga pendidik mengikut telunjuk pemimpin politik dan mencampuradukkan ‘pendidikan’ dengan ‘politik kepartian’ yang akhirnya akan merosakkan masa depan pendidikan negara”,katanya . 

“Sebagai penjawat awam, guru memang menjadi ‘pelaksana dasar ‘ dalam apa juga program pendidikan yang telah diputuskan ,tetapi dari segi hak mengundi dan memilih pemimpin yang mereka mahukan,tiada sesiapa yang boleh memaksa mereka .Hak ini dijamin dalam perlembagaan selaras dengan demokrasi yang diamalkan di negara kita “ ujarnya lagi. 

“Bebaskan guru dari sebarang ‘cengkaman politik’ yang cuba mengongkong minda dan jiwa para pendidik yang banyak berjasa dalam memacu halatuju pendidikan negara di Malaysia yang tercinta selama ini Cukuplah 56 tahun ,guru menjadi mangsa percaturan politik pemimpin yang rakus kuasa hingga memperlakukan guru secara zalim termasuk sengaja menukarkan guru berjauhan daripada keluarga hanya kerana ‘dendam politik’.”tegasnya lagi.

Beliau menyeru agar semua warga pendidik ,bangkit dengan penuh keberanian agar dapat ‘merobohkan tembok kezaliman’ yang telah lama membelenggu mereka selama ini sekian lama .Hanya dengan memahami hak mereka sebagai warganegara Malaysia yang bebas menyokong mana – mana pertubuhan politik yang sah dan berdaftar dinegara ini, maka guru dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam memilih pemimpin mana yang mereka mahukan demi kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta. 

NGO PENDIDIK menyarankan agar mana- mana warga pendidik yang diugut agar segera membuat laporan polis dan membuat pengaduan kepada SUHAKAM ( Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ) seberapa segera.

“ Kami tidak akan teragak- agak untuk membuat laporan kepada SPRM kerana berlaku salah guna kuasa yang mengongkong jiwa pendidik seperti ini sekiranya menerima laporan.”kata Cikgu Mala.

“Semua manusia dilahirkan bebas dan sama rata dari segi kemuliaan dan hak- hak” sebagai petikan dalam Artikel 1 (Peristiyharan Hak Asasi Manusia Sejagat)”,ujarnya lagi.

Justeru , NGO PENDIDIK menyokong penuh kenyataan Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (KPPK) Hashim Adnan ,yang mengingatkan parti – parti politik ,bahawa guru tidak harus “diancam’ atau “diugut” untuk mengundi mana- mana pihak. Beliau berkata demikian ketika mengulas seruan Datuk Idris Jusoh (Menteri Pelajaran Kedua ) yang menyeru supaya guru – guru mengundi Barisan Nasional dalam PRK N01 Kuala Besut sebagai pulangan kepada parti pemerintah.

“ Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas penegasan yang dibuat oleh Saudara Hashim Adnan.Ini satu kenyataan berani yang belum pernah saya dengar sepanjang saya berpengalaman menjadi pendidik .Malahan ,tidak pernah mana – mana Pengarah Pendidikan Negeri atau Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah dalam kementerian Pendidikan Malaysia yang berani menyatakan ungkapan seperti itu . Sebaliknya , apa yang saya selalu dengar selalunya ugutan dan paksaan agar semua guru mesti mengundi UMNO Barisan Nasional dalam PRU atau PRK .

Hashim Adnan dilaporkan berkata “ Guru boleh mengundi sesiapa sahaja yang mereka mahu .Saya tidak akan meminta atau memaksa guru –huru untuk mengundi Barisan Nasional’, katanya yang dipetik dalam suatu kenyataan oleh Malaysia Insider.

“Semoga warga pendidik akan terus bersemangat mendidik anak bangsa walaupun terpaksa berdepan dengan cabaran dan ugutan seperti ini di samping beban tugas perkeranian seperti PBS yang masih belum menemui jalan penyelesaian sehingga kini” kata Cikgu Mala sambil menutup perbualan


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "PRK Kuala Besut : Jangan Mengongkong Minda Pendidik "

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini