CCRIS: 'Hadiah BN' Kerana Menolak Pakatan Rakyat
Posted by Unknown on 20 Ogos 2013 | 0 komen pembaca
JOHOR BAHRU: Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman menyifatkan bahawa pelaksanaan CCRIS adalah 'hadiah BN' kepada rakyat Malaysia kerana menolak Pakatan Rakyat dalam PRU 13 yang lalu.
Beliau yang sinonim dengan panggilan Cikgu Mala secara sinis berkata, sebelum ini tawaran Pakatan Rakyat yang menjanjikan 'pendidikan percuma ' kepada rakyat Malaysia dalam Manifesto Pakatan Rakyat dipandang sebelah mata oleh penyokong tegar BN.
Lebih menyedihkan lagi ,hasrat suci murni Pakatan Rakyat untuk mengurangkan beban kewangan dan kos pendidikan ibu bapa dan pelajar diperlekehkan dengan mengatakan 'negara akan bankrap'.Sedangkan Malaysia kaya dengan hasil khazanah negara seperti minyak ,bahan galian ,balak dan sebagainya berbanding Turki yang memiliki 73 juta rakyat dan mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya walaupun tidak ada hasil mahsyul negara seperti Malaysia. .
Implikasinya,telah berlaku sekarang iaitu pelaksanaan CCRIS akan menjadi beban kepada ibu bapa dan pelajar kerana mereka yang terlibat dengan pinjaman PTPTN akan berdepan dengan implikasi Pelaksanaan CCRIS ( Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat ) dengan kerjasama Bank Negara bermula Ogos 2013 ,bulan ini .
Pengumuman Datuk Seri Idris Jusoh ,Menteri Pelajaran Kedua bahawa peminjam PTPTN yang engkar membuat pembayaran akan berdepan dengan masalah dan memberi kesan terhadap kelulusan pinjaman peribadi ,kad kredit , sewa beli kenderaan ,pembelian rumah dan sebagainya adalah amat mendukacitakan dan jelas menzalimi rakyat.Cuba bayangkan anak- anak yang masih belum mendapat peluang pekerjaan tetapi terpaksa membayar pinjaman PTPTN dan jika telah diklasifikasikan sebagai engkar , maka akan di 'black list' atau 'disenarai hitamkan' sekaligus berdepan dengan tindakan akibat pelaksanaan CCRIS yang jelas tidak prihatin dalam mengurangkan beban rakyat.
" Seolah - olah kerajaan BN tidak prihatin dan ingin menzalimi rakyat kerana seharusnya ada jalan penyelesaian atau mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah pelajar yang belum berpeluang mendapat pekerjaan selain daripada pelaksanaan CCRIS ini" tegas beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik kebangsaan( PENDIDIK) .
" Mereka yang terlibat dalam membuat pinjaman PTPTN seharusnya mendapat pertimbangan atas faktor belum lagi mendapat pekerjaan ,dan bukan sengaja tidak mahu membayar pinjaman PTPTN .Kaedah pungutan kutipan pembayaran semula dengan mengambilkira insentif yang bakal diberi sekiranya membuat pembayaran PTPTN adalah salah satu cara menggalakkan peminjam melunaskan pembayaran, bukan dengan 'menghukum' mereka melalui pelaksanaan CCRIS.Barangkali ,kaedah 'pembayaran lebih anjal'' perlu diperkenalkan kepada mereka ",ujar Cikgu Mala memberi pandangan.
CCRIS adalah mekanisme yang telah diwujudkan untuk menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan kepada institusi kewangan. Ternyata BN tidak prihatin terhadap denyut nadi dan kesusahan rakyat dan hanya guna pendekatan menghukum ' berbanding mencari 'mekanisme penyelesaian secara adil kepada rakyat dalam isu pendidikan ini. Persoalannya, bukankah lepasan pelajar universiti merupakan modal insan yang merupakan 'aset' penting dalam memacu halatuju ekonomi secara produktif jika potensi dan peluang pekerjaan digembleng bersama?
..
"Saya ingin menyeru kepada rakyat Malaysia agar bersedia untuk menghukum BN dan terjemahkan melalui 'peti undi ' dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 14 akan datang" tegas beliau yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.
"Di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, tawaran jaminan kebajikan dan hak pelajar diutamakan dengan cara memansuhkan pinjaman PTPTN sekaligus memberikan 'pendidikan percuma' kepada rakyat yang pasti dapat mengurangkan beban ibu bapa ,pelajar dan rakyat marhaen"ujarnya lagi.
Peribahasa Melayu ada menyebutkan ,'nasi telah menjadi bubur',jika Pakatan Rakyat dipeluang mentadbir selepas PRU 13 baru - baru ini, sudah pasti maka kejadian seperti ini tidak akan berlaku. Tapi apakan daya , terlajak perahu boleh diundur , terlajak perbuatan buruh padahnya..'.Walau bagaimanapun ,masih belum terlambat untuk mengubah masa depan landskap politik Malaysia dalam PRU ke 14 nanti, katanya lagi sambil menutup perbualan
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "CCRIS: 'Hadiah BN' Kerana Menolak Pakatan Rakyat"
Leave a reply