BlogList Malaysia

Selatan Online

Urusniaga RM4 Bilion Johor Dipersoal Di DUN

Posted by Unknown on 20 Ogos 2013 | 0 komen pembaca


johor state assembly sitting 190813 boo cheng hau 02Dalam mesyuarat pertama sidang dewan undangan negeri Johor ke-13, ketua pembangkang negeri Dr Boo Cheng Hau membidas kerajaan negeri kerana masih gagal menjelaskan butiran di sebalik satu urusniaga bernilai RM4 bilion.

Menurutnya, kerajaan negeri sebelum ini melunaskan hutang negeri sebanyak RM700 juta menggunakan wang jualan aset Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Namun katanya, sejak sidang DUN ke-12 sehingga kini mereka masih gagal menjelaskan ke mana perginya baki RM3.3 bilion daripada urusniaga bernilai RM4 bilion itu.

"Rakyat Johor mempunyai hak untuk dimaklumkan sebab penjualan aset SAJH tidak dapat menjelaskan hutang kerajaan negeri sekaligus dengan harga jualan sebanyak RM4 bilion," kata anggota dewan undangan negeri (ADUN) Skudai itu.

SAJH adalah syarikat konsesi pembekal air negeri sementara PAAB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Anehnya kata Boo (kanan), walaupun urusniaga itu membantu mengurangkan hutang kerajaan negeri, pendapatan kerajaan negeri menurun sebanyak 17.7 peratus (RM181 juta) pada tahun 2011 dan belanjawan pada tahun sama pula mengalami defisit sebanyak RM148 juta.

Pada Mac 2009 kerajaan negeri menandatangani satu perjanjian menjual aset SAJH kepada PAAB.

Di bawah pelan itu, PAAB akan menyewakan aset itu kepada SAJH bagi membolehkannya terus membekalkan air kepada negeri.

Sumber: Malaysiakini


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Urusniaga RM4 Bilion Johor Dipersoal Di DUN"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini