Normala Sudirman: Jangan Hina Agama
Posted by Unknown on 2 Ogos 2013 | 0 komen pembaca
JOHOR BAHRU: Dewan Muslimat PAS Pusat melahirkan kekesalan atas sikap tidak
bertanggungjawab segelintir pihak yang menjadikan agama sebagai bahan senda
gurau dan soal hukum dipermainkan sekaligus tidak menghormati kesucian Agama
Islam yang menjadi agama rasmi di Malaysia mutaakhir ini. Apa yang paling
menyedihkan ,perkara ini dilakukan oleh Ummat Islam sendiri tanpa ada perasaan
bersalah dan malu bukan sahaja kepada ALLAH SWT ,tetapi kepada ummat Islam dan
juga masyarakat majmuk di negara tercinta ini.
Demikian kata Pn. Normala Sudirman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala
yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.
Beliau mengulas isu tindakan
seorang wanita bernama Maznah Mohd Yusof atau Chetz Yusof ,38 tahun yang
dilaporkan memuat naik klip video kontroversi ‘Mengucapkan Selamat Menyambut
AidilFitri Bersama Anjing’ ,sekaligus telah mencemari kemuliaan Bulan Ramadhan
dan sambutan Aidilfitri bagi ummat Islam di Malaysia.
“ Tindakan ini jelas telah menghina Agama Islam dan tidak wajar dibiarkan
berlaku pada masa akan datang.Soal tempoh masa kejadian berlaku pada masa sekarang
atau beberapa tahun lalu ,bukanlah alasan untuk
masyarakat memaafkan begitu saja atas apa yang telah berlaku.Insiden ini
wajar menjadi pengajaran kepada ummat Islam agar berhati- hati atas apa jua
tindakan kita kerana kita tidak akan terlepas dari undang – undang jika apa
yang kita lakukan menghina Agama Islam sekaligus mengguris hati ummat Islam di
Malaysia
Maznah dilaporkan kini telah dibawa dari Bukit Aman ke Mahkamah Majistret
Segamat dan berada dalam tahanan reman sehingga Jumaat esok.Beliau kini telah
disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298A Kanun
Keseksaan.
“Tiada kompromi dan tolak ansur
dalam soal menghina kesucian agama Islam,tidak kira mereka yang terlibat itu
beragama Islam atau sebaliknya. Sesiapa pun tidak akan terlepas dari undang –
undang dan hukuman jika melakukan kesalahan” ,ujarnya lagi.
Sebelum ini ,negara digemparkan dengan tindakan 4 orang ratu cantik
muslim yang ingin meneruskan hasrat menyertai pertandingan ratu cantik walaupun
namanya mereka telah digugurkan dari senarai peringkat akhir. Yang menyedihkan
lagi kenyataan salah seorang dari peserta tersebut yang mendedahkan hasrat di
laman facebook untuk keluar dari Agama Islam.
Beliau menegaskan bahawa kejadian ini harus menjadi pengajaran kepada
ummat Islam lain di negara kita agar jangan bermain main dalam soal hukum dan bersenda
gurau serta menghina agama kerana dibimbangi jika perkara ini dibiarkan
berlarutan,akan ada perkara –perkara lain yang dilakukan sehingga menggadai
prinsip sebagai seorang muslim dan boleh meghakis akidah kita sebagai ummat
Islam.
Pesoalannya, bagaimana anak – anak kita akan melihat situasi yang
membimbangkan ini jika tidak dibendung dari sekarang? Bukan semua orang dewasa
yang melayari laman facebook,bahkan anak- anak remaja juga antara pengguna tertinggi di Malaysia.
Inilah cabaran anak – anak wawasan dalam era dunia globalisasi dan
kemudahan internet tanpa sempadan di mana maklumat begitu mudah diperolehi di
hujung jari’.Jadi ,tindakan yang dilakukan seperti kejadian ini wajar dibendung
“ tegasnya menutup perbualan.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Normala Sudirman: Jangan Hina Agama"
Leave a reply