Wajarkah Cuti Mingguan Johor Ditukar Ke Jumaat?
Posted by Unknown on 15 November 2013 | 27 komen pembaca
Bicara Kolumnis: Khairul Faizi Ahmad Kamil
Tiba-tiba, Johor mencetuskan satu lagi fenomena yang diperbincangan dengan begitu meluas dalam media baru apabila terdapat ura-ura kerajaan Johor akan menukarkan kembali cuti daripada hari Ahad ke hari Jumaat.
Ura-ura yang pada awalnya tidak begitu mendapat perhatian bertukar wajah apabila ‘bukti’ surat yang kononnya daripada sumber dalaman telah mengesahkan bahawa Johor akan kembali bercuti pada hari Jumaat.
Tulisan ini bukannya berhasrat untuk mengesahkan atau menafikan sama ada Johor akan tukar cuti hujung minggunya namun tulisan ini ingin mengajak para pembaca melihat kenapa cuti Jumaat di Johor menjadi perbincangan hangat.
PERTAMANYA, Johor adalah sebuah negeri yang menurut sejarahnya dikategorikan sebagai negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang turut melibatkan Trengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis. Manakala negeri-negeri Melayu Bersekutu melibatkan negeri Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Satu lagi satu lagi kategori disebut sebagai Negeri-negeri Selat yang terdiri dari negeri Pulau Pinang, Melaka, Singapura dan Dindings, Perak.
Sejak zaman pemerintahan British, hanya negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sahaja yang melaksanakan cuti pada hari Jumaat manakala negeri yang lain mengambil Ahad sebagai cuti hari minggu. Ia berterusan sehinggalah negara Merdeka pada tahun 1957.
Sebab itu, orang Johor sinonim dengan cuti pada hari Jumaat. Tetapi pada tahun 1993, kerajaan negeri Johor di bawah kepimpinan Muhyidin Yassin telah membuat keputusan bahawa bermula tahun 1994 negeri Johor telah bertindak menukar hari kelepas am mingguan kepada hari Ahad.
Apabila Malaya yang merdeka mengambil keputusan untuk mengekalkan hujung minggu pada hari Ahad, 5 bekas Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu kekalkan Jumaat sebagai hari cuti mereka. Di negeri yang menjadikan Ahad sebagai hujung minggu, umat Islam diberi pelepasan untuk menunaikan sembahyang Jumaat walaupun masih terdapat laporan bahawa terdapat syarikat swasta yang tidak melaksanaannya.
Usaha untuk menyeragamkan cuti pada hari Jumaat adalah satu usaha yang telah dilakukan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad yang mana beliau telah menulis di dalam buku Memoir Tun Dr Mahathir bahawa beliau semenangnya berhasrat sangat untuk menyeragamkan cuti di seluruh Malaysia pada hari Ahad.
“Bekerja pada hari orang bercuti di tempat-tempat lain di dunia yang semakin global ini adalah menyusahkan, tidak produktif dan pastinya, merugikan. Adalah jauh lebih baik bagi kita mengikut amalan biasa dunia.” kata Tun Dr Mahathir
Dr Mahathir memahami bahawa hari Jumaat bukanlah hari rehat kerana dinyatakan bahawa 'sesudah selesai solat Jumaat' umat Islam hendaklah meneruskan kerja masing-masing. Itu kefahaman Tun sehingga beliau percaya Jumaat bukan hari umat Islam bercuti.
Firman Allah yang bermaksud,
"Wahai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (QS. Al-Jumu’ah: 9)
Kerana itu, Tun berkata bahawa walaupun beliau berjaya menyeragamkan waktu di Malaysia tetapi beliau hanya merealiasikan hari Ahad di Johor dan Perlis sebagai cuti hujung minggu manakala Kedah, Kelantan dan Terengganu masih mengekalkan tradisi yang sedia ada.
Di Johor, cuti pada hari Ahad bermula pada tahun 1994 apabila kerajaan negeri Johor tahun sebelumnya di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyidin Yassin selaku Menteri Besar Johor telah bertindak merubah cuti am kepada hari Ahad.
KEDUANYA, benarkah Jumaat adalah hari cuti untuk umat Islam?
Jumaat sebenarnya bukanlah hari cuti seperti mana yang cuba dimaksudkan daripada konteks bercuti atau berehat. Cutinya hari Jumaat yang diimpikan oleh umat Islam bukanlah untuk berehat semata-mata seperti yang difahami oleh Dr Mahathir atau sebahagian daripada kita tetapi ia adalah sebagai hari yang paling sesuai untuk umat Islam memfokuskan diri mereka dengan ibadah wajib dan ibadah sunat. Itulah sebab hari Jumaat dipanggil hari Kebesaran Umat Islam, bertepatan dengan beberapa hujah di bawah.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa dia mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:
“Kita adalah ummat yang akhir yang wujud di dunia ini dan ummat yang pertama (mendapat kelebihan, ganjaran dan masuk Syurga) pada Hari Kiamat, sekalipun mereka lebih dahulu diberikan Al-Kitab daripada kita. Kemudiannya, hari ini (Jumaat) adalah hari yang ditetapkan (diberi pilihan) kepada mereka (untuk mendekatkan diri kepada ALLAH), tetapi mereka berselisih padanya (tidak mahu menerimanya), lalu ALLAH memberi petunjuk kepada kita (agar menerima hari tersebut – iaitu Jumaat). Hari bagi Yahudi ialah esok (Sabtu) dan bagi Nasrani pada hari selepas esok (Ahad).” (Hadith Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata: Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat. Pada hari itu Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu pula Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga" (Hadith Riwayat Muslim)
Kerana itu, umat Islam digalakkan untuk memaksimumkan hari Jumaat dengan pelbagai ibadah dengan ibadah sunat seperti yang dianjurkan oleh Islam seperti mandi pada pagi Jumaat dan memakai pakaian yang bersih serta memakai wangian.
Dari Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu, dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang maksud sabdanya:“Setiap orang Muslim hendaklah mandi pada hari Jumaat, mengenakan pakaian yang terbaik dan kalau ada, hendaklah memakai harum-haruman.” (HR Ahmad, al-Bukhari & Muslim)
Apabila Jumaat adalah hari cuti am maka umat Islam dapat memberikan tumpuan kepada amalan ibadat mereka dengan baik dan berkualiti. Tidaklah seperti sekarang di Johor dan negeri-negeri yang hari Jumaatnya bekerja yang mana para kaum lelaki yang bekerja 'office hour' terpaksa membahagikan masa rehat untuk menguruskan anak-anak, waktu untuk makan tengahari dan waktu bersolat Jumaat sehingga menyebabkan penumpuan kepada khutbah dan amalan-amalan sunat yang lain terganggu.
Bayangkan pula bagaimana keadaan anak-anak yang paginya ke sekolah kebangsaan dan petangnya pula perlu menghadiri sekolah agama kerajaan negeri seperti di Johor. Tidakkah ia membebankan dan meletihkan sehingga hilang konsentrasi dalam memahami erti Jumaat yang sebenar?
KETIGANYA, apakah wajar cuti am ditukarkan kembali ke hari Jumaat?
Saya mengikuti perbincangan dalam pelbagai forum dalam media baru tentang isu ini. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju mengikut pandangan dan hujah masing-masing lebih-lebih lagi 'orang Johor' sudah serasi dengan cuti hari Ahad sejak 19 tahun yang lalu.
Organisasi yang dilihat lebih bersungguh-sungguh untuk mengembalikan cuti am ke hari hari Jumaat di Johor adalah PAS kerana PAS memandang Jumaat bukan daripada sudut 'bercuti untuk rehat' tetapi 'bercuti untuk ibadah'. YB Ustaz Abdullah bin Hussin, Adun Puteri Wangsa dalam kenyataan awalnya selepas menang pada bulan Mei yang lalu telah berjanji akan membawa perkara ini ke dalam sidang Dun Johor.
Sebab itu, PAS Johor melalui kenyataan Timbalan Pesuruhjayanya sdr Mazlan Aliman menyambut baik ura-ura yang mengatakan bahawa telah ada keputusan untuk mengistiharkan cuti di Johor akan dikembalikan ke hari Jumaat.
Saya sudah pasti menyokong kerana saya membesar di Johor dan merasai bagaimana 'nikmat' bercuti pada hari Jumaat. Ia pastinya sangat berbeza dengan anak-anak ketika ini yang melalui hari Jumaat dengan waktu yang padat.
Mudah-mudahan ia bukanlah satu ura-ura sahaja selepas ini.
"Jumaat Penghulu Segala Hari"
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Saya suami isteri bekerja dgn syarikat swasta yang cuti Sabtu (setengah hari) dan Ahad. Anak2 saya tidak bersekolah pada hari Jumaat. Tiada siapa yang dapat menjaga anak2 saya di rumah pada hari Jumaat. Anak2 saya terpaksa ditinggalkan di rumah tanpa jagaan. Taska buka hanya setengah hari pada hari Jumaat. Harap kerajaan Johor dapat mempertimbangkan semula cuti pada hari Jumaat. Saya rasa masalah ini dihadapi oleh ramai keluarga selain saya. Terima kasih.
Saya suami isteri bekerja dgn syarikat swasta yang cuti Sabtu (setengah hari) dan Ahad. Anak2 saya tidak bersekolah pada hari Jumaat. Tiada siapa yang dapat menjaga anak2 saya di rumah pada hari Jumaat. Anak2 saya terpaksa ditinggalkan di rumah tanpa jagaan. Taska buka hanya setengah hari pada hari Jumaat dan tiada siapa yang mengambil anak2 pada tengahari. Harap kerajaan Johor dapat mempertimbangkan semula cuti pada hari Jumaat. Saya rasa masalah ini dihadapi oleh ramai keluarga selain saya. Terima kasih.
Saya suami isteri bekerja dgn syarikat swasta yang cuti Sabtu (setengah hari) dan Ahad. Anak2 saya cuti sekolah pada Jumaat dan Sabtu. Saya sekeluarga dapat melakukan aktiviti seperti sukan dan membeli belah bersama anak2 hanya pada Sabtu petang dan malam. Itupun kalau saya suami isteri tidak penat selepas bekerja setengah hari pada hari Sabtu. Tiada aktiviti pelancongan yang dapat kami lakukan pada hujung minggu. Harap kerajaan Johor dapat mempertimbangkan semula cuti pada hari Jumaat. Saya rasa masalah ini dihadapi oleh banyak keluarga selain saya. Terima kasih.
Kalau kerajaan Johor pilih cuti hari Jumaat supaya ramai boleh sembahyang Jumaat, tidak terfikirkah ramai yang mudah ponteng solat Jumaat kerana aktiviti melancong atau travel atau tidur saja di rumah? Saya harap kerajaan Johor pertimbang semula cuti hari Jumaat.
Saya dapat pandangan daripada peniaga pasar tani pada hari Ahad. Dia memberitahu bahawa perniagaannya yang hanya sekali seminggu iaitu pada hari Ahad terjejas kerana kurang pelanggan disebabkan hari tersebut adalah hari bekerja bagi pekerja-pekerja kerajaan. Saya bersetuju dgn dia. Saya harap kerajaan Johor dapat mempertimbangkan semula cuti pada hari Jumaat. Saya rasa masalah ini dihadapi oleh ramai peniaga selain peniaga tadi. Terima kasih.
Saya peniaga gerai makanan dan minuman di Johor Bahru. Saya tutup perniagaan setiap hari Ahad. Sekarang perniagaan hari Jumaat saya slow kerana pelanggan-pelanggan saya sudah terpecah kpd dua - hari Jumaat dan hari Ahad. Harap kerajaan Johor pertimbang semula cuti hari Jumaat.
Bekerja mencari rezeki juga adalah satu ibadah. Oleh itu, bekerja pada hari Jumaat tidak mengurangkan ibadah seseorang. Malah, mungkin lebih afdal. Oleh itu, pertimbangkanlah semula cuti hari Jumaat ditukar. Menurut komen-komen di atas, cuti Jumaat menyukarkan urusan kekeluargaan dan menjejas perniagaan. Terima kasih.
Esok (hari Sabtu), anak2 saya bersekolah kerana kelas gantian. Saya bekerja Sabtu (setengah hari) dan Ahad cuti. Tetapi hari Ahad, anak saya bersekolah. Oleh itu, hujung minggu ini susah nak beraktiviti bersama anak2. Waktu malam anak2 dah penat. Nasibbbb...tukarkanlah cuti ke Sabtu dan Ahad semula. Urusan kekeluarga jadi rumit dgn keadaan sekarang dan sudah tentu tak selari dgn kehendak agama.
Semasa hari Jumaat hari bekerja, masjid2 tetap penuh semasa solat Jumaat. Oleh itu, tiada masalah daripada segi agama. Sila tukar semula cuti ke Ahad kerana isu kerumitan aktiviti kekeluargaan.
Petikan artikel di atas - "Di negeri yang menjadikan Ahad sebagai hujung minggu, umat Islam diberi pelepasan untuk menunaikan sembahyang Jumaat walaupun masih terdapat laporan bahawa terdapat syarikat swasta yang tidak melaksanaannya." Sila kekalkan Ahad sbg cuti mingguan. ketatkan perlaksanaan pelepasan solat Jumaat kpd syarikat swasta. Itu yang lebih praktikal dan memudahkan urusan kekeluargaan pd hujung minggu.
Anak2 tinggal di rumah tanpa jagaan pada hari Jumaat kerana kami suami isteri bekerja pada hari tersebut. Harap tukarkan cuti mingguan ke hari Ahad.
Majlis2 seperti majlis perkahwinan hanya sesuai diadakan pada hari Sabtu sahaja kerana itulah sahaja hari pekerja2 kerajaan dan swasta bercuti bersama. Bayangkan betapa sibuknya masyarakat bila terlalu banyak majlis tertumpu pada satu hari sahaja iaitu hari Sabtu. Bayangkan juga tempahan2 spt khemah, kompang, utk majlis tersebut. Pasti sukar memenuhi tempahan jika tertumpu kpd hari Sabtu sahaja. Harap tukarkan semula cuti mingguan ke hari Ahad.
Saya bekerja di Johor dan cuti bekerja pada hari Jumaat dan Sabtu. Saya balik kampung di Jelebu, Negeri Sembilan pada hari Jumaat tetapi keluarga tiada di rumah kerana bekerja. Hari Sabtu saya perlu pulang ke Johor kerana Ahad bekerja. Jadi, tiada peluang masa yang banyak utk bersama keluarga di kampung. Cuti tahunan hanya sedikit. Sila tukarkan semula cuti mingguan ke hari Ahad. terimakasih.
http://www.thestar.com.my/News/Community/2014/02/14/Make-time-for-your-kids-Contest-a-chance-for-mums-to-win-prizes-through-heartwarming-accounts/
How to make time with kids if family members cannot be together in the weekends?
Susah nak joging waktu pagi dgn anak2 skrg. Saya bekerja dgn swasta. Jumaat dan Sabtu (setengah hari) saya bekerja. Sabtu petang, saya dah penat bekerja. Ahad pulak, anak2 sekolah. Nasiiiiibbbb...Tukarkanlah cuti mingguan ke Ahad semula demi silaturahim kekeluargaan.
saya bharap sgt2 cuti di tukar smula kpd hari sabtu dan ahad kerana suami saya hanya cuti pd ahad dan saya pula cuti jumaat dan sabtu... bila nak blk kg hujung minggu dah susah sbb cuti tak sama... lagipun transport utk pergi kerja cuma satu... bila saya ada kes emergency di hospital saya tidak transport memandangkan suami saya guna transport pada hari jumaat dan sabtu....iaitu pada hari saya cuti tetapi saya bertugas atas panggilan (oncall). kalau ada kes emergency macammana?
saya juga sangat mengharapkan pihak berkuasa menimbangkan cuti mingguan jumaat dan sabtu ini ditukar kembali sabtu dan ahad. saya tidak dapat menghadiri sebarang majlis keraian mahupun perkahwinan saudara mara serta kawan-kawan saya di negeri lain yang cutinya sabtu dan ahad. saya bukan anak Johor tetapi saya ditempatkan bekerja di sebuah daerah negeri johor. perkara ini amat menyedihkan hati saya apabila saya tidak dapat bersama keluarga saya di mana cuti mereka pada hari ahad dan saya pula hari jumaat.. tolong tukar kembali cuti mingguan ini atas pertimbangan isu keregangan hubungan kekeluargaan..
PEMIMPIN HANYA PANDAI BERKATA DGN KEPENTINGAN PERIBADI, AKIBAT PERTUKARAN CUTI INI SUAMI ISTERI YG ADA KERJA SWASTA DAN KERAJAAN HAMPIR TIDAK BERHUJUNG MINGGU KERANA TIDAK SAMA CUTI
Salam damai... Apa yang telah diubahkan dahulu, tidak boleh mengubahkan semula... Contohnya: Kamu mempunyai keinginan hendak mahu mengembalikan zaman yang paling manis dalam kehidupan kamu. Adakah kamu dapat mengembalikan zaman itu? Tentu tidak!... Kita tidak boleh mengubahkan apa yang telah terjadi atau lepas, apa yang kita boleh mengubahkan ialah sesuatu belum yang terjadi... Kita tidak boleh patah balik semula apa yang kita ingini, kita hanya boleh terus mara... Apa yang kita alami hanya sekali saja, tiada ulangan... Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil mempunyai harapan ingin mengembalikan zaman dahulu... Ingat! Zaman saudara dahulu tidak lagi sama dengan zaman sekarang!... Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin mempunyai sebabnya sendiri menukarkan cuti umum Johor... Percaya Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin menukarkan cuti umum Johor bukan untuk bagi umat Islam di Johor melupakan tentang Hari Jummat dan makna Hari Jummat... Sungguhnya saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil mengatakan adalah wajib untuk cuti umum Johor ditukarkan kepada hari Jummat untuk memudahkan umat Islam sembahyang... Lihat teliti pada zaman sekarang, adakah generasi muda umat Islam benar-benar sembahyang pada hari Jumaat walaupun hari Jummat merupakan cuti umum?... Bagaimanakah zaman saudara? Tentu ya! Zaman saudara tentu banyak generasi muda umat benar-benar sembahyang pada hari Jummat dan tidak pernah ponteng waktu sembahyang... Bukan sekolah kerajaan mempunyai surau? Bukan pelajar-pelajar Islam boleh menggunakan surau untuk bersembahyang bila-bila masa?... Apa guna kerajaan membina surau di sekolah?... Kita tidak boleh paksa seseorang itu sembahyang jika hatinya masih belum bersedia... Kita boleh sembayang bila-bila saja dan di mana saja, tidak perlu dipanggil oleh orang... Sekian Terima Kasih... Semoga Tuhan memberkati saudara...
Minta kerajaan Johor pertimbangkan semula. Jika mau diteruskan, harap dapat mewajibkan semua pihak termasuk bank dan syarikat swasta turut sama. Masa kini tidak sama dengan 20 tahun dahulu. 20 tahun dahulu kebanyakan ibu surirumah. Kini, kebanyakan ibu terpakasa bekerja untuk membantu meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat. Saya amat terkesan kerana kami suami isteri bekerja dengan syarikat swasta.
Masa bersama anak semakin kurang, tidak dapat pulang ke kampung kerana cuti tidak sama dengan anak. Taska juga buntu untuk menguruskan masa sehingga ada Taska terpaksa dibuka 7 hari seminggu. Ibubapa terpaksa bayar kos overtime taska, sekaligus meningkatkan kos perbelanjaan bulanan.
Keputusan kerajaan Johor ini menjadi suatu bebanan besar untuk kami tanggung... Mengukuhkan institusi keluarga? Ini lawak terbesar abad ini. Semakin MEMPORAK-PERANDAKAN institusi keluarga!!! Tahukah anda, ramai ibubapa terpaksa tinggalkan anak-anak TANPA diawasi di rumah akibat keputusan ini?
Kami berharap agar kerajaan Johor dapat berbuat sesuatu agar cuti dapat DISELARASKAN untuk SEMUA syarikat dan institusi di Johor. Kelantan, Terengganu dan Kedah boleh buat, takkan Johor tak boleh?
Apa susah sangat ,,yang elok di Johor dicutikan pada Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ( kearah Johor Moden yang lebih gemilang ) apa macam siapa setuju pendapat ini, dan sokong
Sy sebagai pelajar sekolah menengah Dan taun ni spm rasa tekejar2 masa n takda rehat. Bayangkan hari jumaat lepas 2 30 petang sy pergi tuisyen. Esok sabtu Ada koko/ sekolah ganti plak. Ahad sekolah. Parents pula cuti Ari ahad. Rutin mingguan kami terganggu kadang2 tak berjumpa lgsung. Kalau Mau juga beri keutamaan kepada Muslim beribadat. Apakata jumaat bekerja setegah hari je. Harap johor dapat ubah balik sabtu ahad ,:'(
kerajaan negeri xde pendirian,,menyusahkan orng yg dh bekeluarga,,mak bapak cuti ahad,anak cuti sekolah cuti jumaat,,dh klu anak ngan mak bapak cuti berlainan,,?apa jadi dgn institusi keluarga,,makin lingkup la gayanya,,tegas sikit biar satu johor cuti jumaat,x kira swasta ke kerajaan,,
menambahkan lagi tekanan hidup je..apapun tak bleh
Satu orang yang sama telah kirim komentar berlainan berkali-kali bagi mengaburi mata pembaca, dapat difahami tindakan ini untuk menggambarkan betapa ramainya orang yg sependapat.
Padahal jika alasan hubungan kekeluargaan dijadikan alasan, boleh saja 'dia' suruh pihak swasta yang akur dan turuti langkah kerajaan negeri, ini tidak, 'dia' tetap menyalahkan Sultan atas titah baginda itu.
Jadi dalam hal ini, saya percaya alasan kekeluargaan bukan semata-mata alasan utama, tapi ada alasan lain yang cuba disembunyikan kerana malu takut dicap tidak islami.
Pandangan saya, orang seperti ini sebenarnya inginkan cuti, hanya untuk penuhi kebiasaannya yang gemar shopping dan holiday.
Cinta bahasa melayu....bodohnya statement kau...shiiiiitttttt....penjilat
amat setuju dgn cinta bahasa melayu...
kuatkan la iman dalam hati, semaikan la roh islam dalam jiwa...
selami sedalam2 nya..jika ada kesungguhan, percaya la cuti umum sepatutnya hari jumaat