BlogList Malaysia

Selatan Online

Pemuda PAS Johor Gesa Segerakan Rundingan Kes Rakyat Malaysia Di Sweden

Posted by Unknown on 21 Januari 2014 | 0 komen pembaca


KENYATAN MEDIA
KERAJAAN DIDESAK SEGERAKAN RUNDINGAN MENGENAI WARGA MALAYSIA DI SWEDEN


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) ingin menarik perhatian awam terhadap isu pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden atas dakwaan memukul anak mereka kerana tidak menunaikan solat.

Dalam hal ini, DPPNJ menggesa agar kerajaan Malaysia menyegerakan rundingan dan mengambil serius soal ketidakselesaan anak-anak pasangan yang beragama Islam ini sepanjang berada bawah jagaan penjaga bukan Islam di sana.

Sehubungan itu juga, DPPNJ menuntut agar kerajaan Malaysia bertindak;

1. Menggunakan saluran diplomasi bagi membawa pulang kanak-kanak tersebut ke tanah air sehingga pembebasan kedua ibu bapa mereka serta dipelihara oleh keluarga terdekat

2. Atau keempat-empat anak pasangan tersebut dipelihara dan dijaga oleh keluarga muslim di sana bagi menjamin kelangsungan hak asasi mereka untuk mengamalkan cara hidup Islam dengan selesa tanpa sebarang sekatan, sejajar dengan Fasal 18 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948

3. Dan mengutuk cara penahanan ala ISA dan Sosma yang dikenakan kerajaan Sweden kepada pasangan ibu dan bapa tersebut; yang pada hemat DPPNJ jelas bertentangan dengan standard antarabangsa berhubung hak tahanan.

Rentetan itu, pihak DPPNJ berharap agar semua pihak mengambil sikap perihatin terhadap isu ini, di samping kita konsisten memantau tindakan-tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

MAHADZIR BIN MAT ZILI
Setiausaha
Pemuda PAS Negeri Johor.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Pemuda PAS Johor Gesa Segerakan Rundingan Kes Rakyat Malaysia Di Sweden"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini