BlogList Malaysia

Selatan Online

ADUN Bukit Naning Harus Letak Jawatan Gesa PKR Johor

Posted by Unknown on 16 Februari 2014 | 0 komen pembaca


PKR mendesak ADUN Bukit Naning Datuk Saipolbahri Suib meletakkan jawatan selepas digantung keahlian kerana terlibat dalam politik wang pada pemilihan parti Umno November lalu.

Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng berkata parti itu memandang serius isu tersebut kerana ia merupakan satu bentuk rasuah sambil mendakwa politik wang "cukup kronik" berlaku dalam Umno.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan anggota PKR Johor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadapnya.

"Anggota-anggota PKR Johor telah diarah untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM perlu menyiasat kes ini dengan teliti dan secepat mungkin.

"Pada masa yang sama, ADUN Bukit Naning wajib meletak jawatan kerana keterlibatan beliau di dalam politik wang yang merupakan satu bentuk rasuah sewaktu pihak SPRM menjalankan siasatan terhadap beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 10 Februari lalu, Bernama melaporkan Setiausaha Umno Johor Mohd Jais Sarday mengesahkan Saipolbahri digantung keanggotaannya kerana terlibat dalam politik wang tetapi enggan mengulas lebih lanjut tentang tempoh penggantungan yang dikenakan.

Manakala laporan itu juga memetik sumber-sumber berkata Saipolbahri bersama empat pemimpin Umno bahagian itu digantung keanggotaan mereka selama dua penggal oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Umno.
  
Empat yang lain Setiausaha Bahagian Mat Saad Amat, Ketua Penerangan Bahagian Yaacob Jamian, anggota Jawatankuasa Bahagian Uzir Sahid dan Naib Ketua Wanita Bahagian Safiah Siwon. Mereka dilapor akan mengemukakan rayuan.

Dalam kenyataan itu juga, Chua berharap gejala itu tidak merebak dalam PKR memandangkan pemilihan parti akan berlangsung tahun ini dan jawatankuasa pemilihan parti telah menggariskan panduan jelas demi memastikan budaya jelek itu tidak akan dipraktikkan dalam pemilihan parti.

Sumber: Malaysiakini


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "ADUN Bukit Naning Harus Letak Jawatan Gesa PKR Johor"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini