MMC Perlu Sedia Proposal Pengambilalihan Konsesi Air Johor
Posted by Unknown on 5 Ogos 2012 | 0 komen pembaca
PULAI: Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub mengesa MMC Corporation Bhd menyediakan satu proposal pengambilalihan konsesi air di Johor dan dibentangkan kepada umum. Gesaan ini dibuat bagi memastikan rakyat negeri Johor dapat menilai proposal yang dikemukan itu.
Beliau juga tidak mahu dokumen yang dikemukan diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sehingga menyebabkan kerajaan negeri sendiri tidak mempunyai kuasa untuk memindanya. Akhirnya tindakan tersebut menjadi masalah yang besar kepada rakyat negeri Johor. Beliau juga berharap keinginan MMC untuk mengambilalih aset air di Johor hendaklah tidak mengulangi tragedi dan politik air Umno di Selangor.
"Saya tidak mahu 'water torture' yang berlaku di Selangor berulang di negeri Johor. Kita tidak menghalang mana-mana syarikat untuk mengemukakan pengambilalihan konsesi air di Johor ini. Namun mereka harus menyediakan proposal pengambilalihan dan mendedahkan proposal tersebut kepada umum untuk penilaian rakyat negeri Johor"
"Proposal tersebut tidak boleh diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Ia harus didedahkan kepada umum. Kita tidak mahu pengambilalihan ini akan membebankan rakyat negeri Johor suatu ketika nanti", ujar beliau lagi.
Menurut YB Salahuddin Ayub lagi, pengambilalihan konsesi air ini haruslah memberikan manfaat kepada rakyat. PAS juga ujar beliau tidak menutup pintu rundingan mengenai pemgambilalihan ini selagi ia memberi manfaat kepada rakyat negeri Johor dan bukannya ditekan.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "MMC Perlu Sedia Proposal Pengambilalihan Konsesi Air Johor"
Leave a reply