BlogList Malaysia

Selatan Online

Salahuddin Ayub: PR Berpeluang Cerah Di 18 Kerusi Parlimen Negeri Johor

Posted by Unknown on 4 Ogos 2012 | 0 komen pembaca


PULAI: Pakatan Rakyat negeri Johor melahirkan keyakinan untuk menawan beberapa kerusi parlimen di negeri Johor. Kenyakinan itu disuarakan sendiri oleh Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub apabila melihat gerak kerja parti di peringkat akar umbi dan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat negeri Johor setiap kali diadakan ceramah-ceramah dan program-program dari Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat telah mensasar dan memfokuskan sebanyak 12 kerusi parlimen di negeri Johor yang dilihat amat berpeluang cerah untuk dimenangi. Namun, atas sambutan yang amat menggalakkan yang diterima ini, Pakatan Rakyat dapat menawan sekurang-kurangnya 18 kerusi parlimen di negeri Johor ini.

“Kita yakin PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Johor akan dapat menawan 18 kerusi parlimen di negeri Johor . Realiti semasa di negeri Johor menunjukkan bahawa rakyat menyambut baik setiap program yang kita anjurkan di negeri Johor ini”

“Selain itu perkembangan semasa di negeri Sabah juga dilihat akan membantu kearah tsunami politik di negeri Johor ini. Kita berkeyakinan tinggi bahawa kubu UMNO di negeri Johor ini dapat diruntuhkan seterusnya dapat menyumbang kepada kejayaan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya", jelas beliau lagi.

Menurut YB Salahuddin Ayub lagi, beliau juga akan memastikan kepulangan beliau untuk bertanding dan berkhidmat di negeri Johor dapat membantu Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi DUN dan parlimen negeri Johor. Beliau juga mengatakan bahawa UMNO/BN telah mulai risau dengan kebangkitan rakyat di negeri Johor ketika ini.

"Timbalan Perdana Menteri dalam sidang media sebelum ini telah meminta UMNO/BN agar mempertahankan negeri Johor dari tumbang kepada Pakatan Rakyat. Pada kita ini satu respon yang menunjukkan UMNO/BN mula resah dan khuatir dengan situasi semasa di negeri Johor. Johor dilihat bukan lagi simpanan tetap UMNO/BN pada ketika ini", jelas beliau lagi semasa sidang media yang diadakan di Pejabat Aduan Rakyat DUN Kempas bersama Suhaizan Kayat.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Salahuddin Ayub: PR Berpeluang Cerah Di 18 Kerusi Parlimen Negeri Johor"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini