BlogList Malaysia

Selatan Online

Penjara nafi dera 33 pelajar

Posted by Unknown on 3 Ogos 2011 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU, 2 Ogos - Jabatan Penjara menafikan dakwaan 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda di Johor Bahru, bahawa mereka didera secara fizikal semasa kursus motivasi di Penjara Kluang, minggu lepas. 

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar berkata, hasil siasatan awal mendapati, dakwaan para pelajar terbabit bahawa mereka ditumbuk, dipukul dan mendapat layanan di luar daripada batasan adalah tidak benar. 

Menurutnya, siasatan terperinci dijalankan dan sekiranya terdapat pihak tertentu mempunyai maklumat tambahan yang boleh membantu menyelesaikan aduan itu, boleh kemukakan kepada beliau di talian 03-8732 8081. 

Beliau berkata, mereka juga boleh e-mel maklumat itu kepadanya di zulkifli@prison.gov.my atau menghubungi Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Penjara Rusmiza Anuar di talian 03-8732 8388. 



sumber : Sinar Harian

“Kami akan memaklumkan hasil siasatan terperinci dan berharap dapat selesaikan kes pada 5 Ogos ini,” katanya bersama Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud di Kementerian Dalam Negeri di sini semalam. 

Dalam laporan akhbar semalam, sekumpulan pelajar sekolah berkenaan mendakwa didera petugas program selepas men:yertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang, mulai petang Jumaat lepas. 

Mereka mendakwa bukan sahaja rambut digunting pendek, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara dan ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma. 

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, program motivasi seumpama itu, yang dikenali sebagai Program Pencegahan Jenayah, Price of Freedom, telah dilaksanakan enam kali sebelum ini. 

Menurutnya, program itu dilaksanakan di SMK Bandar Penawar, Kota Tinggi; pelajar-pelajar Jabatan Kebajikan Masyarakat Zon Selatan; Sekolah-sekolah daerah Bandar Tenggara; SMK Tun Syed Nasir, Johor Bahru; SMK Seri Rahmad dan SMK Majidee. 

“Program ini mendapat persetujuan daripada Pejabat Pelajaran Daerah, pihak sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru). 

Sementara itu, Abdul Ghafar berkata, satu pertemuan melibatkan ibu bapa dan pelajar terbabit, pengurusan sekolah berkenaan dan Penjara Kluang akan diadakan esok (hari ini) bagi mencari penyelesaian berhubung kes tersebut. - Bernama

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Penjara nafi dera 33 pelajar"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini