BlogList Malaysia

Selatan Online

Lagi pelajar dakwa didera

Posted by Unknown on 6 Ogos 2011 | 0 komen pembaca


SKUDAI – Selepas dua laporan kes pelajar sekolah didakwa didera, kini satu lagi laporan membabitkan dakwaan dikasari pelatih kem motivasi oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai (SMKTDS). 

Ketua Biro Pengaduan Awam Johor, Kua Song Tuck yang mendedahkan perkara itu berkata, segelintir pelajar ini telah melaporkan bahawa dikasari dan dilemparkan kata-kata kesat ketika :mengikuti kursus motivasi di Ulu Tiram pada 18 hingga 21 Julai tahun lepas yang membabitkan 44 pelajar sekolah itu 

“Ada aduan mengenai mereka didera dan dilayan dengan kasar. Saya lihat kem ini ada bagusnya namun pengisian perlu diperbaiki. 

"Ini kerana pegawai ini sudah terbiasa dengan tindakan kasar, namun apabila pelajar sekolah ini yang mengikuti itu tidak terbiasa akan persekitaran sebegitu,” katanya yang ditemui di luar :perkarangan SMKTDS, di sini, semalam. 

Sementara itu, seorang pelajar SMKTDS, Chua Jun Wen, 16, mendakwa dipukul di kepala termasuk di bahagian muka hanya kerana melakukan kesalahan kecil. 

“Ada sahaja kesalahan yang dilakukan meskipun kecil, kami akan dipukul. Ada juga pelajar yang melakukan kesalahan membawa rokok telah dipaksa untuk menghisap sekotak rokok sehingga habis,” katanya. 

Menurut ibunya, Chan Sok Kim, 38, dia sama sekali tidak bersetuju apabila anaknya diperlakukan dengan kasar ketika mengikuti kursus berkenaan. 

“Jika ada kem sebegini lagi, saya tidak akan menghantar anak saya untuk menyertainya. Saya tidak suka anak saya dipukul sesuka hati,” katanya.


sumber : Sinar Harian




Nota :


NK melihat trend ini semakin menjadi suatu bentuk 'kegemaran' bagi penganjur.
Tidak pasti sama ada perkara seperti adalah secara tidak sengaja atau disengajakan.
NK harap pihak penganjur memohon maaf kepada peserta serta ibu bapa mereka.


Atau sekiranya ada alasan yang munasabah
NK harap pihak penganjur dapat kemukakan
Keadilan yang tersembunyi akan dilihat sebagai suatu kezaliman







**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Lagi pelajar dakwa didera"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini