Pemuda Pakatan Rakyat Tekad Tawan Johor
Posted by Unknown on 15 Ogos 2012 | 0 komen pembaca
Oleh: Ibn_Bacoks
Perkara ini dinyatakan secara tegas oleh Suhaizan Kaiat, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dengan katanya, agenda bersama rakan Pakatan pembangkang yang lain merupakan satu amanah yang cukup penting dan mereka akan memastikan hasrat itu mampu dicapai dengan izin Allah.
Katanya, pelbagai program telah direncanakan secara bersama termasuk program Berbuka Puasa Pakatan Rakyat, malah pihaknya turut menyasarkan 29 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai matlamat.
“Program hari ini untuk menyatakan Pemuda Pakatan Rakyat Johor bersatu untuk menjayakan cita-cita bagi menawan Johor.
“Kami berdepan dengan satu amanah penting dalam Pilihan raya Umum (PRU) yang tak lama lagi. Selain ia petanda kami bersatu padu, ia bertujuan memaklumkan bahawa kami menyasarkan sekurang-kurangnya 29 DUN antaranya Kempas, Permas, Johor Jaya, Pekan Nenas, Semerah dan Layang-layang.
“Dengan 45 peratus pengundi baru adalah kalangan pengundi muda, ia adalah tugas kami bagi mendekati mereka untuk menterjemahkan hasrat bersama ini,” katanya lagi.
Suhaizan berkata demikian kepada pemberita pada majlis Berbuka Puasa Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat Johor (PR) di Hotel Seri Malaysia, dekat sini, semalam.
Hadir sama, Mohd Nazri Ismail, Ketua Anak Muda Keadilan (AMK) Johor, Tan Hong Pin, Ketua Pemuda DAP Johor, Ustaz Azam Razak, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Andrew Chen Kah Eng, Setiausaha Pemuda DAP Johor, Mohd Farhan Ahmad Kamal, Ketua AMK Johor Bahru.
Pada program yang sama, pihak penganjur telah mengundang lebih 15 orang wartawan dan Jurugambar daripada pelbagai agensi berita sebagai tanda penghargaan kepada para pengamal media di negara ini.
Terdahulu, Ustaz Azam Razak diberi peluang membicarakan kebaikan berpuasa sebelum sidang media dilakukan.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Pemuda Pakatan Rakyat Tekad Tawan Johor"
Leave a reply