BlogList Malaysia

Selatan Online

Pengundi meragukan, PAS Johor buat laporan polis

Posted by Unknown on 3 Ogos 2011 | 0 komen pembaca


JOHOR BAHRU 2 Ogos - Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Mohd Faizul Mohd Salleh hari ini membuat laporan polis mendakwa terdapat senarai pengundi meragukan dikesan dalam daftar pemilih negeri itu.


Dakwanya, semakan rambang terhadap beberapa nombor kad pengenalan melalui laman web SPR semalam mendapati sejumlah pengundi berkongsi nombor kad pengenalan lama yang sama walaupun berbeza nombor kad pengenalan baru.


Faizul (gambar kanan, tiga dari kiri) juga mendakwa, kebanyakannya mempunyai nama yang sama atau seakan-akan sama. 






“Atas penemuan ini saya merasa menjadi tanggungjawab saya untuk membuat laporan polis kerana bimbang berlaku manipulasi ke atas senarai daftar pemilih pilihan raya Malaysia,” laporan itu dipetik.


Nama-nama yang didakwa meragukan adalah Lee Chui Ching, Sabran Hosnan dan Ong Peng Seng.


sumber :www. malaysiakini.com

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Pengundi meragukan, PAS Johor buat laporan polis"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini