BlogList Malaysia

Selatan Online

Demontrasi Masakan : Wanita DHPP dan Muslimat PAS bergabung

Posted by Unknown on 24 Oktober 2012 | 1 komen pembaca


PONTIAN – ”Program santai (Hi Tea DHPP & Demontrasi Masakan oleh Muslimat dan Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) hari ini bertujuan untuk timba ilmu, kongsi pengetahuan, saling bertemu dan silaturrahim. Ia turut pertemuan hubungan antara manusia yang dituntut Islam,” kata Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian.

Raden berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis Hi Tea bersama Non Muslim & Demontrasi Masakan di Dewan Utama Pusat Tarbiah PAS Kawasan Pontian, Kampung Api-api, dekat sini. semalam.

Hadir sama, Hu Pang Chau, Ketua Dewan Himpunan PAS (DHPP) Pusat, Richard Wong demikian kata Richard Wong, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang dan Ustaz Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian.

Sementara itu, Richard dalam ucapannya menyeru ahli PAS kawasan ini supaya melipat gandakan kerja bagi menumbangkan UMNO-BN di negeri ini.

”Kalau UMNO sini (Pontian) tak tumbang, susah nak ke Putrajaya. (justeru) kita (Pakatan Rakyat) kena bangun dan bersatu hati lawan (benamkan UMNO-BN di Pontian)” katanya lagi.

Manakala Dr Ungku Mohd Noor pula berkata UMNO, yang sebuah parti yang mendominasi rakan sekutunya dalam BN dakwanya gagal berperanan menyatukan kesemua bangsa dalam negara ini.

“Saya memang bekas ahli UMNO. Pilihan raya 1982 saya jadi Ketua Urusan Kenderaan. Diperuntukkan sebanyak RM20.000 di DUN Rengit. Tahun 1984 saya isytihar masuk PAS. 1986 saya bertanding di DUn itu.

“Saya ingin ceritakan pengalaman saya. Sewaktu berumur 28 tahun, saya berpeluang untuk mengerjakan Haji. waktu itu masih UMNO. Dalam UMNO saya disogokkan satu fahaman yang karut seperti CIna ini Komunis dan sebagainya.

“Peliknya, bila saya berada di Safwa dan Marwa. Ada satu peristiwa yang menyayat hati saya. Saya lihat ada sekumpulan orang Cina mengerjakan Haji berehat di situ. Meleleh air mata saya. ni saudaraku. Orang Cina saudara kita. Tapi dibiarkan UMNO (kerana kurang berusaha melebarkan dakwah kepada kaum itu).

“Berasa nak segera pulang nak jumpa. Ini sangat bahaya (kalau cuba tiupkan sentimen perkauman). Oleh itu, tahun 1986 saya masuk PAS. Ini UMNO tak ajar kita (waktu masih berada dalam parti itu,” katanya lagi.

Sumber : Ibn Bacoks

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


1 komen pembaca for "Demontrasi Masakan : Wanita DHPP dan Muslimat PAS bergabung"

  1. Anonymous says:

    Aktiviti "Demonstrasi Masakan : Wanita DHPP dan Muslimat PAS bergabung" sangat sesuai diadakan untuk merapatkan persefahaman antara kaum dalam PR. Malangnya, berita yg disampaikan tidak memetik langsung mengenai aktiviti tersebut. Adakah kerana aktiviti itu melibatkan kaum wanita maka berita mengenai usaha dan kegiatan mereka itu dipandang remeh? Jangan lupa bahawa pengundi wanita melebihi kaum lelaki di seluruh negara! Peranan wanita dalam mencula serta merayu undi semasa pilihanraya tidak boleh dipandang sepi!
    Nusajaya Kini tidak sensitif terhadap peranan wanita dalam pembangunan masyarakat. Malahan, Nusajaya Kini terlalu selektif terhadap wanita tertentu sahaja untuk diberikan liputan meluas sedangkan kesahihan berita yg disiarkan itu boleh dipertikaikan! Tunjukkanlah KEMATANGAN kamu, wahai Nusajaya Kini!

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini