Pemuda Tanggung Kesakitan Hampir 3 Tahun
Posted by Unknown on 17 Oktober 2012 | 6 komen pembaca
Oleh: Abusiraj Almuner
PERMAS - Mempunyai tubuh badan yang sihat serta cergas juga adalah salah satu nikmat kegembiran untuk semua yang bernama manusia. Apatah lagi dikala usia muda,banyak perkara yang ingin dilakukan ketika itu.
Tapi malang bagi seorang pemuda India yang terlibat dalam kemalangan jalanraya hampir 3 tahun dahulu menyebabkan beliau berasa amat kecewa untuk mengharuni kehidupan.
PAR Permas lewat tengahari tadi, melawat seorang pemuda India, Arumugam A/L Muniandy.
Beliau berusia 38 tahun dan kini tinggal di Bayan 22, Taman Megahria. Beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya pada tahun 2010, apabila motor yang beliau naiki dihimpit oleh sebuah kereta lalu terlanggar sebatang pokok hingga menyebabkan beliau mengalami patah kaki yang sangat kronik.
Anak bongsu daripada 6 adik beradik ini menurut kata ibunya, kerap kali mengerang kesakitan dan menangis setiap malam kerana menahan kesakitan yang dialami. Hingga pada satu peringkat meminta agar kakinya dipotong sahaja.
Beliau telah menjalani pembedahan sebanyak 5 kali, kali ke-4 pembedahan itu kaki beliau dipasang besi dan kali ke-5 pembedahan dilakukan lagi kerana didapati tulang kaki beliau tersempul keluar akibat permasangan besi di kakinya.
Kata ibu beliau, pihak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru telah menulis surat kepada Klinik Kesihatan (KK) Masai meminta supaya kakitangan KK Masai datang ke rumahnya untuk merawat serta mencuci luka pada kaki anaknya itu tetapi sehingga kini tidak seorang pun kakitangan KK yang datang berbuat demikian.
Penyelia PAR PERMAS Tuan Syed Othman Abdullah amat kesal dengan sikap sambil lewa dan tidak prihatin Klinik kesihatan ini. Satu tindakan segera yang akan diambil PAR Permas untuk membantu Arumugam ini kelak.
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
Aduhai...aiyo encik albusiraj...
saya duduk di jalan bayan 22,megah ria...
itu orang sudah sakit lima tahun ,keluar dan masuk hospital
saya tidak pernah nampak encik pun.
Tiba-tiba datang, konon mahu tolong, apa peyelia PAR boleh tolong?
Lepas tu u cakap kakitangan klinik kesihatan masai tidak prihatin dan ambil sikap sambil lewa selama tiga tahun
Saya pergi bawa anak saya dengan bini saya untuk dressing kaki tiap-tiap hari diklinik kesihatan masai..Kakitangan sangat baik sama saya dan kami penduduk lama di masai saja yang tahu.
Saya cerita you tulis ini cerita sama doktor di klinik masai,itu doktor masai terkejut.
Dia cakap sama saya dia baru terima surat lima hari lepas untuk membuat lawatan dan dressing di rumah arumugam
Kalau u mahu bertanding pun, jangan libatkan orang lain..Jangan burukkan dan tabur fitnah.You orang islam tapi buat cerita bukan-bukan
Anak saya daripada tidak mahu mengundi ,terus mahu mengundi.
Tapi bukan untuk PAR PERMAS..sebab you dua orang penipu besar
pesakit kencing manis
politik...meloya kan,,,gune kan org yg kurang upaya utk raih sokongan..negara lebih aman dan maju klu xde politik..
salam...betul ke semua ni berlaku.cam x pecaye ke.saya rasa untuk tau mane yang betul rasanye kita kene siasat hal ni.jgn tuduh pada satu pihak jer..saya bukan nak belah kan mane2 pihak tapi banyak hal-hal camni saya dah dengar.renung-renungkan lah..
Encik..omak den pun sakit gak.xpenah pun ade org yg baik macam encik datang umah den.
Ayah saya adalah pesakit yang membuat rawatan susulan dan 'dressing' setiap hari di KK MASAI. Tidak pernah sesekalipun saya menemui staf yang kurang sopan ataupun bercakap kasar disana. Kesemua staf dan doktor merawat ayah saya dengan sikap prihatin. Kami diberi layanan yang mesra dan rawatan yang terbaik.
Jangan - jangan pihak pembangkang nak jadikan kes diatas sebagai umpan untuk mendapatkan undi rakyat. Kalau pesakit tersebut sudah tiga tahun membuat rawatan di hospital dan klinik kesihatan... kenapa sekarang baru pihak pembangkang hendak cari masalah-masalah seperti ini semata mata untuk mengaburi mata rakyat malaysia yang bijak dalam memilih kerajaan mereka. Lagi-lagilah mengungkitkan hal ini semasa dekat dengan pilihan raya ke-13.
Saya dan keluarga saya amat kesal dengan sikap pihak PAR PERMAS yang menjadikan Pihak Klinik Kesihatan Masai sebagai Mangsa mereka untuk memenangi hati rakyat dalam pilihan raya akan datang.....
KESALLLLLL!!!!
yeyek ooo je Par permas ney.. dan dan je ko... da bertahun org 2 sakit,, nk kat ngundi bru ko yeye rjen nk mlwt lah,, kesal lah bagai... bla lah ko... mak cik aq 2 pn sakit gak.. dk kat flat seri alam 2... every week kowt doc dtg umh dye.. okey je... seap sampai spupu aq da pndai co slalu tgk doc wat dresing kat mak dye.. weh,, taw lah nk ngudi,, xpayah nk konon2 kesal bagai lah... kje ko nk cri slh org je... da kbulur undi sgt lah 2... btw tq to doc yg susah pyh dmi aq... jse mu dkng... n untk org yg bsuk ati wat cte kotor ne,, xmlu ker weh??