BlogList Malaysia

Selatan Online

Hari ke-2 : 10 lagi kad pengenalan palsu didedahkan Suhaizan

Posted by Unknown on 19 September 2011 | 0 komen pembaca


Kenyataan Media
Pemuda PAS Malaysia
19 September 2011

Pendedahan Hari Ke-2 Kad Pengenalan Palsu

Berdasarkan kepada maklumbalas yang saya terima, terlalu ramai yang berminat untuk mengikuti pendedahan saya berkenaan lebih 10 ribu kes kad pengenalan yang berkemungkinan besar palsu seperti yang telah dikemukakan pada minggu lepas. Seperti yang dijanjikan saya akan keluarkan maklumat terbabit setiap hari bekerja, satu hari sepuluh data. Saya tidak akan menentukan mana satu kad pengenalan yang palsu. Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menentukan mana yang palsu dan mana yang benar. Saya juga mohon kepada pemilik kad pengenalan sebenar agar dapat menampilkan diri membuat penjelasan. Saya percaya ada pihak tertentu telah membuat manipulsi terhadap kad pengenalan sebenar ini bagi tujuan pilihanraya.  Ini sangat penting bagi kita menjadi warganegara yang bertanggungjawab membuat semak dan imbang dalam sistem demokrasi di negara kita. Walaubagaimana pun pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membisu seribu bahasa  adalah lebih maklum mana kad pengenalan yang benar dan mana yang palsu.

Maklumat AZINAH BT MOHD FAZIN sebelum pendedahan Pemuda PAS.




Maklumat AZINAH BT MOHD FAZIN selepas pendedahan Pemuda PAS.




Terdapat dua identiti berbeza AZINAH BT MOHD FAZIN, pertama memiliki kad pengenalan 800829-02-5150 dan keduanya memiliki kad pengenalan 800820-02-5150. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan tarikh hari lahir sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.


Maklumat EH NAM A/L  EH WAN sebelum pendedahan Pemuda PAS




Maklumat EH NAM A/L  EH WAN selepas  pendedahan Pemuda PAS



  
Terdapat dua identiti berbeza  EH NAM A/L EH WAN, pertama memiliki kad pengenalan 780515-03-5705 dan keduanya memiliki kad pengenalan 280515-03-5705. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan tahun lahir sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Maklumat  MOHD BAHAR BIN OMAR sebelum pendedahan Pemuda PAS


  

Maklumat  MOHD BAHAR BIN OMAR selepas  pendedahan Pemuda PAS




  
Terdapat dua identiti berbeza  MOHD BAHAR BIN OMAR, pertama memiliki kad pengenalan 800105-02-5459 dan keduanya memiliki kad pengenalan 800105-02-5489. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan dengan satu digit ke 11 sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Maklumat  DALIZA BINTI IBRAHIM sebelum pendedahan Pemuda PAS




Maklumat  DALIZA BINTI IBRAHIM selepas pendedahan Pemuda PAS



  
Terdapat dua identiti berbeza  DALIZA BINTI IBRAHIM, pertama memiliki kad pengenalan 790402-03-5966 dan keduanya memiliki kad pengenalan 790902-03-5966. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan bulan kelahiran sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.


Maklumat  FATEN DIANA BINTI HASSAN sebelum pendedahan Pemuda PAS


  

Maklumat  FATEN DIANA BINTI HASSAN selepas pendedahan Pemuda PAS




Terdapat dua identiti berbeza  FATEN DIANA BINTI HASSAN, pertama memiliki kad pengenalan 810522-03-5400 dan keduanya memiliki kad pengenalan 810822-03-5400. Kedua-dua identiti ini memiliki nama dan nombor kad pengenalan yang sama hanya dibezakan bulan kelahiran sahaja.  Kedua-dua identiti ini boleh mengundi tetapi selepas pendedahan Pemuda PAS salah identiti telah dikeluarkan oleh SPR.

Saya serahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai, apakah ada unsur manipulasi pilihanraya melalui manipulasi kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara?

SUHAIZAN BIN KAYAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI
PEMUDA PAS MALAYSIA

KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Hari ke-2 : 10 lagi kad pengenalan palsu didedahkan Suhaizan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini