BlogList Malaysia

Selatan Online

Rumah, Kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dibakar

Posted by Unknown on 3 Februari 2012 | 2 komen pembaca


NUSAJAYA, 3 Feb 2012: Tingkat bawah rumah dan kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Sr. Hj. Dzulkefly Ahmad di Taman Universiti telah hangus terbakar akibat sabotaj pihak tertentu pada kejadian yang berlaku pada 3.40 pagi tadi.

Ketika kebakaran ini berlaku, seramai 7 orang termasuk beliau berada di dalam rumah tersebut yang juga mengakibatkan berlakunya 2 kali letupan yang kuat dari kereta yang terbakar.

"Ketika kami sekeluarga sedang tidur, kami dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat sehingga mengejutkan saya dan isteri. selepas itu, saya lihat kereta saya dan di tingkat bawah rumah sudah terbakar dan api sudah pun marak"

"Saya bergegas menyuruh ahli keluarga untuk keluar dari rumah melalui pintu belakang untuk menyelamatkan diri", ujar beliau lagi yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah.

Sebiji tong minyak 5 liter yang terdapat kesan-kesan minyak tanah telah dijumpai berhampiran rumah beliau dan telah diambil oleh pihak polis untuk dilakukan siasatan lanjut.

Sementara itu juga ketika ditemui wartawan Nusajayakini, beliau juga tidak menolak kemungkinan kejadian ini adalah tindak balas dari pihak tertentu terhadap kelantangan beliau mendedahkan banyak penyelewengan terutamanya berkenaan pengambilalihan KFCH dan QSR.

"Saya lihat ini tindak balas akibat pendedahan saya terhadap penyelewengan terhadap pengambilalihan KFCH dan QSR yang dilakukan beberapa orang penting di Johor ini. Mereka seolah-olah cacing kepanasan ketika ini"

"Namun saya bersyukur, semua ahli keluarga saya selamat dan tiada kecederaan yang menimpa kami. Laporan polis juga sudah dibuat pagi ini dan kita serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikannya",ujar beliau lagi.

Turut bergegas ke tempat kejadian adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor iaitu Dato' Dr. Mahfodz Mohamed, Saudara Mazlan Aliman selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan Dr Boo Cheng Hau selaku Pengerusi DAP negeri Johor merangkap ADUN Skudai.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


2 komen pembaca for "Rumah, Kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dibakar"

  1. Admin says:

    Ya Allah.... Selamatkanlah seluruh pejuang Islam, pejuang keadilan, pejuang kebenaran di tanah airku ini khususnya dan di seluruh dunia amnya..Ya Allah limpahkan rahmatMu ke atas Tn Hj Zul n klrga , anugerahkan kerugiannya dI dunia ini dengan ganjaran di akhirat. Ameen.

  2. Tanpa Nama says:

    satu lg tindakan dari golongan jakun, bacul, primitif..
    takut berlawan hujah, tindakan gangster digunakan...
    dasar bangsa bacul tak bermaruah...
    hidup dgn sokongan pengundi bodoh lg mundur...
    hidup dgn sokongan pengundi Felda otak kolot..
    hujah dibalas dengan buku lima, bacul!

    dulu, kini dan selamanya....

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini