BlogList Malaysia

Selatan Online

Salahuddin Ayob Calon MB Johor Jika PR Menang?

Posted by Unknown on 6 Februari 2012 | 0 komen pembaca


Pakatan Johor ‘pikat’ Salahuddin, sedia letak calon MB jika menang

February 06, 2012

KUALA LUMPUR, 6 Feb — Pakatan Rakyat Johor telah mengadakan “perbincangan serius” dengan Salahuddin Ayub untuk membawa Naib Presiden PAS itu kembali bertanding di negeri kelahirannya untuk mengatasi kekurangan pemimpin Melayu seterusnya menteri besar sekiranya berjaya menawan kubu kuat Umno itu.

Pembangkang di Johor menjangkakan akan merasih sokongan kuat pada pilihan raya umum akan datang, malah sokongan pengundi Cina juga bertambah namun kekurangan calon menteri besar yang berpotensi.

The Malaysian Insider diberitahu beberapa sesi pertemuan empat mata antara Pakatan Rakyat Johor dan Salahuddin (gambar), Ahli Parlimen Kubang Kerian, telah diadakan.
Menurut sumber The Malaysian Insider, pertemuan itu boleh disifatkan sebagai “perbincangan serius” dan kemungkinan besar Salahuddin akan bertanding di Johor pada pilihan raya akan datang.

“Salahuddin sedang memikirkan dengan serius akan perkara ini, perbincangan serius telah diadakan sebelum ini dengan beliau,” katanya.

“...dan kita Pakatan Rakyat Johor bersedia menerima kepulangan Salahuddin. Selain itu Salahuddin juga tidak keberatan untuk kembali ke Johor.”

Kata sumber itu, pertemuan itu turut menyentuh mengenai kawasan yang bakal ditandingi Salahuddin nanti.

“Kawasan untuk beliau bertanding sudah dikenalpasti. Kemungkinan beliau akan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tapi keutamaan kita adalah meletakkan beliau bertanding di kerusi DUN,” katanya.

Dilihat kehadiran Salahuddin yang sudah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian di Johor akan mewujudkan fenomena baru di negeri itu terutamanya pengundi Melayu.

Difahamkan kerusi Parlimen Sembrong, yang mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berhampiran Kluang, dilihat kerusi terbaik untuk meletakkan Salahuddin.
Khabar angin mengatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi.

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut mengesahkan mengajak bekas ketua dewan pemuda PAS pusat itu untuk kembali ke Johor.

“Saya ada mengajak Salahuddin untuk bertanding di sini kerana kita perlukan pemimpin bertaraf nasional di sini,” katanya.

Sementara itu Salahuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu sebaliknya berkata bersedia “berhijrah” ke Johor sekiranya diminta berbuat demikian oleh parti.

Bagaimanapun beliau tidak menolak sejak beberapa tahun kebelakangan ini ada ahli parti yang meminta agar kembali bertanding di negeri itu.

“Saya akan akur dan patuh pada keputusan parti, sekiranya parti merasakan saya perlu bersama rakan-rakan di Johor maka itu seharusnya menjadi perkara yang harus saya pertimbangkan dengan sebaik mungkin.

“Saya sudah 30 tahun dengan parti, saya juga pernah bertanding di Johor tapi kalah. Itu tiada halangan bagi saya dan saya orang Johor...saya juga membina karier saya dengan parti di Johor dan rakan-rakan di Johor banyak memberikan saya penghormatan, jadi saya rasa tiada masalah untuk saya sekiranya parti meminta saya balik ke Johor,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya memecahkan kubu kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi DUN dari 56 kerusi yang ditawarkan.

Selain mencipta sejarah di Johor, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS-PKR-DAP berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain mengekalkan Kelantan yang dikuasai PAS sejak 1990.

Sumber: Malaysian Insider


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Salahuddin Ayob Calon MB Johor Jika PR Menang?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini