Usaha PAR Simpang Renggam Dapat Respon KTMB
Posted by Unknown on 15 Februari 2012 | 0 komen pembaca
SIMPANG RENGGAM, 14 Februari 2012 – Tindakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Simpang Renggam, Sdr. Suhaizan Kaiat, yang menyuarakan isu tuntutan pembayaran pampasan, yang melibatkan kira-kira 74 pemilik dan penyewa termasuk tuan rumah tanah di tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Layang-layang, dekat sini, telah mendapat perhatian agensi tersebut.
Walaupun KTMB mendakwa tidak mempunyai autoriti berhubung pembayaran pampasan itu tapi ledakan dari isu ini menandakan PAS mementingkan masalah rakyat.
Difahamkan, tujuan perpindahan berkenaan kerana melibatkan projek landasan keretapi berkembar elektrik antara Gemas-Johor Bahru.
Bagaimanapun soal itu tertakluk dibawah kuasa Kementerian Pengangkutan dan KTMB sekadar menerima arahan pihak tersebut sahaja.
“Hal pampasan ini seharusnya dirujuk kepada Kementerian Pengangkutan. Kami tiada apa-apa maklumat. Buat masa ini, kami belum melantik kontraktor secara kasar bagi projek berkenaan yang dijangka bermula tahun hadapan,” ujar Mohd Fazil Ismail, Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB yang dipetik Sinar Harian.
Dalam perkembangan berkaitan, isu ini mula mendapat perhatian media setelah Sdr. Suhaizan Kaiat, yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Johor bersama kira-kira 74 pemilik dan penyewa kedai termasuk tuan rumah di tanah rizab milik Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di layang-layang Simpang Renggam dilihat berada di bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar itu bagi tujuan penyerahan memorandum kepada Menteri Besar.
Ibn_bacoks dalam laporannya 11 Februari lepas, Satu memorandum bagi tujuan memohon pertimbangan supaya pihak bertanggungjawab membayar pampasan selepas diarah pindah, telah diserahkan kepada YAB Datuk Abdul Ghani Othman.
Bagaimanapun, memorandum itu hanya dapat diserahkan kepada Setiausaha Sulit II, Menteri Besar Johor, Noor Azmi Md Omar kerana Ghani tiada di pejabat.
Sumber : Ibn bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Usaha PAR Simpang Renggam Dapat Respon KTMB"
Leave a reply