Sakit Tapi Sombong Macam UMNO
Posted by Unknown on 15 Februari 2012 | 0 komen pembaca
PONTIAN, 15 Februari 2012– Pak Jabit atau mesra dengan panggilan Man Kadir, selebiriti terkenal secara sinis menggambarkan UMNO kini berada di penghujung usia walaupun mereka menyedari hal itu tapi berlagak sombong.
Beliau bagaimanapun mengingatkan pendokong PR supaya tidak bersifat sedemikian bagi mengelak persepsi negatif dikalangan masyarakat.
Sebaiknya, katanya lagi, mereka harus bergaul dengan masyarakat dengan baik termasuk dikalangan ahli UMNO.
”Ibarat orang sakit. Pergi melawat diberi buah sedap-sedap. Kasi buah anggur tapi enggan makan. Sombong. Ini petanda orang itu dah dekat mati,” tegas beliau secara sinis.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis perasmian Pembukaan Kedai Bundle milik Aufa and Colection, di Pekan Tampok, Dun Benut, dekat sini, semalam.
Turut hadir, Ustaz Mohd. Faizul Hakim Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pontian, Ustaz Muhammad Nazar, Naib Ketua Dewan Pemuda dan Sdr. Saiful Amri A Suloh, Ketua Penerangan Dewan Pemuda.
Beliau yang juga pelakon filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah turut mengingatkan anak muda supaya menampal lambang parti komponen PR dikenderaan masing-masing sebagai imej dan proses publisiti kepada orang ramai.
”Kepada anak muda, letak lambang parti. Itu cara menghormati rakyat. Sebab ia pendinding dari buat yang tak elok,” ujarnya lagi dengan nama asal Abd. Kadir Abd. Manaf.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "Sakit Tapi Sombong Macam UMNO"
Leave a reply