BlogList Malaysia

Selatan Online

Pejabat SPRM Tampoi dibina atas tapak haram

Posted by Unknown on 16 Februari 2012 | 0 komen pembaca


Bicara Kolumnis : AMNI JAGAT

Sejarahnya sejak tahun 1976 lagi. Ramai penduduknya adalah orang asal Tasik Utara (Rujuk peristiwa Tasik Utara 1974). Alangkah sedihnya bila sekali lagi dalam kehidupan seharian penduduk yang sama berlakunya peristiwa yang menyayat hati.

Memang terang, tapak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) Tampoi Johor Bahru, Johor dibina di atas tapak penipuan sebuah syarikat GLC (Goverment Link Company) kerajaan negeri Johor yang bernama JCorp atau PKENJ terhadap penduduk asal tapak tersebut.

Dari segi perundangan, memang benar secara sahnya tanah itu telah dijual oleh JCorp kepada SPRM. Namun pada peringkat dasarnya berbeza. Pada tahun 1976 dulu, tanah terbiar itu telah diusahakan dengan membangunkan deretan rumah rakyat yang dipanggil Perumahan Rakyat SEDC.

Penduduk yang telahpun mengundi di Stadium Larkin bagi mendapatkan hak sewa dan beli untuk seunit rumah di Perumahan Rakyat SEDC tersebut. Waktu itu seunit rumah bernilai RM 8,000 sahaja.

Penduduk berkenaan telah membayar sewaan sebanyak RM 199.50 sebulan dan sewaan itu terus berlangsung dengan harapan selepas tiga tahun penyewaan mereka dapat membeli rumah tersebut seperti yang dijanjikan kerajaan negeri pada waktu itu.

Namun selepas tamat tempoh tiga tahun, penduduk telah menerima surat di mana meminta mereka untuk membayar RM 14,000 dalam masa dua minggu jika ingin memiliki seunit rumah yang dijanjikan.

Secara logiknya, penduduk yang menyewa di perumahan itu manalah ada kemampuan sedemikian kos yang begitu tinggi dalam masa yang singkat. Bila sebut sahaja perumahan rakyat, pasti yang menduduki rumah tersebut adalah mereka yang dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah.

Ternyata penipuan telah menyala. Namun penduduk tetap membayar sewa bulanan seperti biasa walaupun tempoh awal tiga tahun yang dijanjikan telah tamat. Akhirnya pada tahun 1985, pengusiran pertama telah dilakukan. Pengusiran itu merebak sehingga yang terakhir berlaku pada tarikh 6 Jun 2002.

Walhasil dalam tahun 2002, penduduk telah dipindahkan sementara ke Flat Kek Seng Kangkar Pulai dengan janji yang ditabur untuk menyiapkan rumah yang lebih baik di tapak asal mereka Perumahan SEDC Tampoi.

Alangkah hancurnya hati penduduk-penduduk tersebut apabila hari ini, segala apa yang diidamkan hancur berkecai dan punah. Tapak asal rumah mereka yang dijanji untuk membina ‘rumah baru’ telah dibina sebuah bangunan pejabat SPRM.

Persoalannya sekarang, adakah relevan janji yang ditaburkan pada tahun 2002 yang lalu berbanding hari ini setelah melihat bangunan SPRM tersergam indah? Apakah yang sebenarnya yang berlaku? Mana pergi semua janji?

Sudahlah diusir dengan cara yang agak kasar sehingga terpaksa mengerahkan khidmat pihak berkuasa polis bagi pengusiran tersebut. Akhirnya, tanah yang dijanjikan untuk membina rumah yang lebih baik untuk penduduk asal tanah itu dibangunkan sebuah pejabat ‘pencegah rasuah’.

Manis mulut bicara tetapi manifestasinya terlalu laknat dan keji. Harapan menggunung di hati penduduk ‘Melayu’ direntap dengan penipuan yang begitu jahat. Manakah maruah sebuah kerajaan negeri yang sepatutnya membantu rakyat? Manakah pula maruah sebuah suruhanjaya yang sanggup membina pejabat canggih di atas sebuah tanah hasil penipuan terhadap penduduk?

Ke mana pula hak seorang rakyat di tanah air mereka sendiri? Semua persoalan ini harus dijawab bagi mengunci segala kekeliruan yang sedang dihadapi oleh rakyat di Malaysia khususnya penduduk asal tanah Perumahan Rakyat SEDC Tampoi, Johor Bahru, Johor.

Implikasi dari peristiwa yang berlarutan itu, maka penduduk telah membuat tuntutan saman terhadap kerajaan negeri Johor di atas kerugian yang ditanggung penduduk selama mereka menetap sehinggalah mereka diusir dari tapak rumah mereka sendiri.

Pada 21 Februari 2012, perbicaraan keputusan mahkamah tinggi akan disebutkan. Penduduk yang diwakili oleh peguam Saudara Hassan Karim akan berkumpul beramai-ramai di Mahkamah Tinggi Johor bagi mendengar keputusan kes sama ada kes ini akan dibicarakan atau ditolak.

Seorang penduduk yang juga Ketua UMNO Cawangan Perumahan SEDC berpendapat, UMNO bukanlah sebuah parti yang boleh dipercayai. Jika kes saman penduduk ditolak maka penduduk tidak teragak-agak untuk menolak UMNO secara beramai-ramai.

Ternyatalah SPRM Johor harus menyelidiki status tanah yang terbinanya pejabat mereka. Haramlah hukumnya menduduki atau mendiami tanah hasil dari keringat yang tertindas. Benar SPRM telah membeli tanah tersebut, tetapi mereka harus bertanya di atas apa tertegaknya sebuah pejabat suruhanjaya?

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Pejabat SPRM Tampoi dibina atas tapak haram"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini