BlogList Malaysia

Selatan Online

Mengapa Najib Bimbang Johor?

Posted by Unknown on 23 September 2012 | 0 komen pembaca


 Oleh: Mazlan Aliman

Semalam YAB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak datang ke Johor merasmikan Mesyuarat Agong bahagian sekitar daerah Johor Baharu. Beliau mempertegaskan komitmen untuk mempertahankan Johor sebagai kubu terkuat Umno. Umno lahir di Johor, kata beliau.

Najib sempat memberi contoh kejayaan Kerajaan membangunkan Felda dan projek Petrokimia di Pengerang. Beliau membidas pembangkang yang kononnya mahu menjadi hero dalam isu FGVH.

Ucapan Najib disambut oleh YAB Dato' Abd Ghani Othman selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Johor. Beliau menceritakan sejarah kekuatan Umno dan lemahnya pembangkang.

Saya akui memang Johor adalah kubu Umno/BN sudah sekian lama. Namun, adakah ia boleh bertahan buat selama-lamanya?

Hebatnya Kuasa pemerintahan Saddam Hussein, Hosni Mubarak, Muamar Gaddafi, Suharto dan Marcos; di mana mereka pada waktu ini?

Beberapa hari yang lalu, seorang pegawai Kedutaan Jepun, En Soegami bertemu saya dan pimpinan PAS Johor di Johor Baharu. Lebih sejam perbincangan. Menariknya, bila ditanya kenapa beliau bertemu kami pimpinan PAS.

Dia menyatakan bahawa banyak maklumat, analisis dan gambaran menyebut Johor dan Negeri Sembilan adalah antara negeri paling panas yg menjadi pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat.

Berlatar belakang negeri yang penduduknya bercampur-campur, situasi kritikal pengundi Cina dan anjakan pengundi melayu dengan isu kos sara hidup, rasuah, isu FGVH dan projek RAPID Pengerang; Pakatan Rakyat punya potensi besar di Johor PRU 13.

Bagi saya biarlah Najib dan Ghani kekal dengan keangkuhannya. Kuasa pemerintahan adalah milik Allah. Turun naik, jatuh bangun sesebuah kerajaan; manusia tiada hak untuk tentukan. Meskipun Najib dan Ghani boleh kerah jentera kerajaan, arah polis, rasuah rakyat, upah samseng dan apa sahaja. Kalau memang sudah sampai masanya BN Johor tumbang dlm PRU 13, apa jaminan Najib dan Ghani?

Bagi kita, Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik. Masanya sudah tiba bagi rakyat melakukan tranformasi terbesar utk mengubah kerajaan. Ia bukan mustahil bagi orang Johor!

Teringat kat-kata YAB Tuan Guru Nik Aziz dlm satu majlis di Sg Benut Johor lebih 15 tahun dulu; ' Johor memang KUBU Umno tetapi yakinlah, suatu hari nanti akan menjadi KUBUR bagi Umno!'

Adakah PRU 13 ini, ungkapan Tok Guru Nik Aziz jadi kenyataan?

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Mengapa Najib Bimbang Johor?"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini