PAR Dirujuk Setelah MCA Tak Layan
Posted by Unknown on 23 September 2012 | 0 komen pembaca
PONTIAN – Sebuah keluarga besar yang terdiri daripada kalangan warga emas berbangsa Tionghua di Taman Mahkota, Benut, dekat sini mengalami masalah ketiadaan Mykad sejak dilahirkan.
Goh Ah Tew, 74, berkata, dia bersama adik beradiknya yang tinggal dalam sebuah rumah kesemuanya gagal memperolehi Mykad meskipun pelbagai aduan sudah dilakukan di merata tempat.
Malah, aduannya itu didakwa telah diajukan kepada bekas menteri dari MCA malangnya, jawapan yang diberikan amat mengecewakan.
Berikutan dengan masalah yang dihadapinya ini, mereka gagal mendapatkan sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat atas alasan tidak berkelayakan.
"Mak saya ada kad pengenalan. Entah macam mana kami adik beradik tidak dibuatnya. Biasalah orang dulu-dulu, mana dikisahkan.
"Kami tiada pekerjaan tetap. Pendapatan tidak menentu. Tambahan pula, adik saya Ah Seng, 54, cacat sejak kecil.
"Kami sudah ajukan kepada ramai orang termasuk pemimpin MCA. Tapi, keadaan kami begini juga,” katanya ketika ditemu bual oleh Ibn Bacoks melalui penterjemah Nasir Prayitno Thum, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS Johor.
Sementara itu, Ustaz Atan Gombang, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Benut mengesahkan telah menerima aduan daripada warga emas terbabit.
"Pihak kami sudah mengunjungi mereka dan akan mengenengahkan masalah ini kepada Penyelia PAR Johor, Syed Othman untuk tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sumber : Ibn Bacoks
**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**
0 komen pembaca for "PAR Dirujuk Setelah MCA Tak Layan"
Leave a reply