BlogList Malaysia

Selatan Online

Ceroboh PASTI : Pemikiran Sempit – Mazlan

Posted by Unknown on 23 September 2012 | 0 komen pembaca


Oleh: Ibn_bacoks

KULAIJAYA – "Ini adalah soal keselamatan kami. Janganlah sampai mahu merosakkan harta dan milik kami. Tidak perlu sempit pemikiran seperti ini," demikian penegasan Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian songsang individu tidak bertanggungjawab yang menceroboh, merentap kain rentang dan menumbangkan papan tanda di premis Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) Taman Aman, dekat sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian yang sama, satu ugutan turut diterima daripada mangsa yang juga seorang guru oleh individu yang dikenali.

Mazlan berkata, bimbang dengan keselamatan mereka, pihaknya telah membuat laporan polis berhampiran agar siasatan susulan dapat dilakukan dan tindakan drastik diambil.

"Ini adalah kejadian pertama seumpama ini terjadi. Kami tidak melakukan aktiviti yang tidak bercanggah. Premis ini adalah pusat pendidikan milik PAS yang berdaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dipantau oleh Jabatan Pelajaran.

"Saya tidak pasti individu tersebut tidak tahu atau buat-buat tidak tahu. Mana boleh ceroboh sesuka hati dan buat tindakan sendirian atau dia sengaja mahu mengatasi undang-undang," katanya yang dipetik Sinar Harian.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Kerja PAS Pusat berkata, sekiranya pihak berkenaan tidak berpuas hati dengan mereka hendaklah menggunakan saluran yang betul. 

"Saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya supaya perkara seperti ini tidak berulang. Kita juga berfikiran terbuka, jika tidak berpuas hati tidak perlulah buat ugutan seperti ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, insiden ini merupakan kejadian kedua yang melibatkan pusat pendidikan pra sekolah yang diganggu gara-gara campur tangan politik pihak tertentu di negeri ini.

Terdahulu, sebuah Tadika di Pasir Gudang diarah tutup oleh pihak tertentu kerana didakwa tidak senang dengan guru terbabit yang menerima sumbangan daripada parti pembangkang awal minggu ini.


**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Ceroboh PASTI : Pemikiran Sempit – Mazlan"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini